Sunday, September 13, 2009

Resah isteri juruterbang

Semalam saya membaca keratan akhbar tentang pergi nya 2 juruterbang TUDM di jemput ilahi. Saya mengalirkan airmata walau pun tidak kenal mereka. Sebagai isteri bekas juruterbang TLDM saya sentiasa merasakan mereka semua baik juruterbang dan isteri serta anak anak dekat di hati saya walaupun saya tidak mengenali mereka. Walau pun telah hampir 8 tahun suami bersara dari TLDM setelah menjadi juruterbang helikopter dari 1985 hingga 2001 perasaan saya sebagai isteri tentera masih tebal di hati.Jika ada berita di akhbar saya akan membaca nya, tengok kalau ada gambar kawan kawan , begitu juga kalau di TV , duduk depan tv tengok ada tak muka kawan kawan lama.excited sangat. Ramai juga yang dah ber gelar datin dan dato. tahniah untuk mereka. Tiap orang ada cita cita dan matlamat, begitu juga suami saya. Sampai satu masa dia mahu buat sesuatu yang dia cita citakan, alhamdullillah dia tidak menyesal meninggalkan kerjaya nya sebagai juruterbang, dan saya juga tidak perlu rasa resah dan gelisah tiap kali cium tangan nya bila dia bertugas kerana dalam hati saya berkata balik tak suami saya ni, dan sentiasa mohon dari tuhan dia selamat pergi dan balik dari penerbangannya.

Sebenarnya saya ni bercinta dan berkahwin dengan pegawai tentera laut, hanya pada malam saya bernikah dengan Tajuddin dia mendapat tahu dia terpilih untuk menjadi juruterbang bagi TLDM kerana TLDM akan mempunyai cawangan udara mereka sendiri. Kira dia kumpulan pertama la dan akan men catat sejarah bagi TLDM. Bermula la hidup saya sebagai isteri juruterbang.
Memulakan training di Ipoh, saya pulak bekerja di Kuala Lumpur. Di Bank Pusat Kerjasama. Jarang dapat berjumpa kerana dia sibuk dengan latihan, masa tu saya mengandung arwah ziera, saya menumpang di rumah bapa saudara saya di Sri Petaling dan bank saya bekerja di Jalan Mesjid India. selama 8 bulan saya naik bus pi kerja dan kadang kadang bapa saudara saya hantar. saya berjalan dari bus stand pudu ke bank, jauh jugak tapi nak buat macam mana, ingat lepas kawin terus nak mintak tukar setiawan tapi lain pulak ceritanya bila dapat pergi kursus juruterbang ni. Saya berjaya mohon pertukaran ke JohorBahru bila kandungan saya 8 bulan, kemudian suami sambung latihan penerbangan di Kluang, dekat la sikit tapi masalah cuti tak sama, di Johor, kakitangan kerajaan bekerja masa tu kamis setengah hari dan jumaat cuti, saya pulak sabtu setengah hari ahad cuti. Saya melahirkan ziera di sana, apa pun saya tak kisah sangat kerana saya tinggal dengan mak semula. Semasa suami dapat sayap penerbangan saya jadi lah filem star kejap.masuk tv masuk surat kabar. akhirnya 9 orang berjaya dari belasan pegawai yang menjalani latihan. bukan senang sebenarnya buat mereka , hari hari bila talipon suami akan kata doa untuk i tau beritahu mak untuk doa kan dia.. Tajuddin akan beritahu mak saya tiap kali dia akan buat exam supaya mak doa untuk dia, dia memang rapat dengan mak saya dan mak pun memang sayang kat dia kerana dia aje menantu mak masa tu, 10 tahun jadi menantu mak baru lah arwah jit kahwin..Pernah dia menangis kerana esok nak exam terbang bila seorang sahabat dia kecundang dan dia takut.. saya pujuk dia pas tu mak pujuk dia dalam talipon,. alhamdullillah berjaya juga dia akhirya.Menjalani hidup sebagai isteri pelatih penerbangan saya juga sentiasa bimbang dan resah,helokopter macam buruk aje.pas tu selalu keluar berita helikopter terhempas lah.. hanya tuhan yang tahu hati kami isteri isteri juruterbang ni.di tambah pulak dengan exam exam yang perlu dia ambil, bertambah lah susah hati saya, tapi mak sentiasa bersama saya, selalu nasihat kan saya, pernah satu hari saya mengeluh..mak bersuara..lain kali kawin dengan orang jual goreng pisang, pagi siap kan barang2 nak goreng sama sama, pas tu tolak kereta sorong sama sama, jual sama sama, balik sama sama.. pas tu saya tak mengeluh lagi.. Saya mengandung anak kedua..Nazim.

Suami memulakan tugas di Sg Besi bersama TUDM kerana TLDM belum membeli helikopter, dan saya dapat bertukar semula ke Kuala Lumpur bahagian Saving Dept. anak anak saya tinggalkan sekejap dengan mak saya. Suami membawa Nuri, jadi hati memang resah dan gelisah kerana banyak kejadian terhempas, memang lah orang kata ajal maut ditangan tuhan tapi entah lah perasaan sentiasa risau tiap kali dia terbang, lebih lebih lagi kalau dia terbang di atas rumah, dia mungkin bangga nak tunjuk anak isteri tapi kami di bawah ni melambai tapi hati tuhan aje yang tahu, beberapa tahun dia bersama 10 squardron dan banyak juga perkara menimpa kami antara rahmat dan dugaan, masa tu jugak tahun 1987 saya terlibat dalam kemalangan jalanraya yang menyebabkan 5 bahagian tubuh saya retak dan patah, menerima 78 jahitan, ziera patah peha, suami cedera dan menerima jahitan di kening..nanti saya cerita kan satu hari nanti....
Saya berhenti kerja untuk berehat, dan sejak itu saya punya pembantu rumah hingga lah 2 bulan yang lepas.....

Suami berpindah ke Lumut, oleh kerana TLDM masih belum punya helikopter suami di tempat kan di KD LEKIR, kapal pejuang..selalu la dia belayar di dalam dan luar negara, sering la kena tinggal, berminggu kadang berbulan, hidup la saya bersama ziera dan nazim. banyak masa saya hanya di dalam rumah dan petang akan ke garden bersama anak anak. kadang kadang saya balik ke jb dan kadang kadang mak datang untuk menemani saya. dan pada tahun 1989 saya mengandung lagi, walau pun doktor kata saya tak boleh mengandung kerana kecederaan pada pinggang saya tapi rezki tuhan tak berdaya menolak.. saya mengandung uri di bawah, jadi saya banyak tinggal di hospital Sultanah Aminah,anak anak lah menemani saya waktu pagi, suami hanya sebulan sekali datang tengok kerana masa tu belayar dan belayar...nasib baik di johor masa tu kelas pertama duk atas bukit jadi tidak lah ketat sangat, pelawat boleh keluar masuk. dan jiran sebilik pun baik jadi ziera selalu lah teman kan saya sambil mengajar dia membaca.
Bayi lelaki saya meninggal kerana malam tu uri pecah dan keluar semasa saya ke bilik air, bila dr keluar kan baby saya uri keluar lagi setengah.3 minit kemudian dia meninggal, kami nama kan dia muhamad nasriq..menangis saya tapi saya pasrah.

Pas tu 1990 saya mengandung lagi, saya memang sakit pinggang dari bangun pagi hingga tidur kesan dari accident yang saya alami, pernah saya tanya dr bila akan sembuh, dan dr kata bila saya mati..tapi pelik nya bila saya mengandung pinggang saya tak sakit..alhamdullillah lahir lah Muhamad Nazrin. Suami jarang bersama anak anak, dan bila dia bercuti atau berada dalam negara dapat lah dia bermain dengan anak anak nya, tanggung jawab rumah dan anak anak memang saya yang uruskan dan rasa nya semua isteri isteri tentera memang memikul tanggung jawab yang berat dalam rumah tangga.Alhamdullillah TLDM dah punya helikopter sendiri. WASP nama helikopter nya, perasaan resah datang semula...terutama bila dia buat latihan dok pusing pusing atas rumah..tuhan aje yang tahu..sayup bayangkan helikopter tu landing atas kapal..takut rasa hati, sayang suami takut terjadi apa apa kat dia..

Bila badan rasa sihat setelah beberapa tahun berehat saya ingin bekerja semula, saya dapat tawaran di sebuah bank di Setiawan, sehari selepas tawaran tersebut saya pergi ke klinik untuk dapatkan ubat kerana uzur saya belum datang,..ha ha saya mengandung lagi...masa tu saya rasa nak buang aje pasal baru beberapa minggu pasal saya excited nak kerja, tapi bila balik rumah berfikir semula dan suami pun kata ini rezeki tuhan dah beri, kerja bila bila boleh dapat saya batalkan niat saya, dan terus mengandungkan kandungan ini,,,dan setelah di scan kandungan saya kembar perempuan...suka ada bimbang pun ada, tapi nasihat mak buat saya tenang dan tabah dalam menunggu kelahiran, suami biasa lah kadang kadang ada di tanah air kadang kadang tak ada, sering jugak pergi kursus di luar negara.

Lahir bayi kembar fafa dan jiya suami bertukar ke Butterworth, berkhidmat dengan 3 squardron TUDM, Saya tidak ikut kerana baru dapat kerja di Orient Star Lumut sebagai Accounts Asst.dan saya baru pindah ke rumah baru kami..bangalow kami beli dengan harga rm130 ribu keluasan dekat dengan suku ekar..besar tu, boleh main bola lagi..Lumut tanah murah masa tu..dan suami guna loan kerajaan untuk beli rumah tersebut..setahun dia di sana pada satu hari dia talipon saya petang tersebut dan beritahu akan talipon saya semula lepas dia terbang malam nanti, dia akan terbang lepas magrib katanya..pukul 9.30 malam berita terkini tv3 saya di depan tv membuat kerja pejabat, keluar berita sebuah helikopter terhempas di butterworth.saya terus muntah dan muntah di dalam bilik air, mak saya talipon, suruh sabar, hati saya tuhan aje yang tahu, macam macam dalam otak saya masa tu tapi air mata saya tak keluar pun,,tapi jantung rasa nak putus masa tu punya la sakit.kebetulan adik saya saya bersama saya kerana bercuti.pukul 12 malam Tajuddin talipon, kata dia arwah Sohed mintak tukar nak terbang dulu pasal ada hal sikit malam tu. jadi Sohed yang terbang bukan dia. dan dia sibuk menguruskan jenazah arwah di tempat kejadian sebab tu dia lambat talipon,sejak dari itu tiap kali berita terkini hati saya akan jadi tak tentu arah, lama juga saya sakit terperanjat ni, sampai kena ambil air lah dari ustaz dan akhirnya sya berhenti kerja dan mengikut dia pindah ke Butterworth.Dia di search dan rescue team. 2 minggu di Kuantan dan 2 minggu di Kluang. tinggal saya dengan anak anak di Butterworth..kalau dia balik dari Kuantan kawan kawan akan tunggu keropok lekor dari Tajuddin , kalau dari Kluang mereka tunggu tempe dari Tajuddin, jadi bukan saya aje yang tunggu bila suami balik, jiran jiran tunggu dia jugak, Tajuddin ni rajin melayan mbelikan barang jiran terutama bab makanan..saya tak kisah pun malah tak pernah cemburu pun semasa jadi isteri dia semasa dia berkhidmat dalam tentera ni, kami kawan kawan dan jiran macam adik beradik.Banyak kenangan manis bersama warga TUDM di sana..saya sempat bekerja di Max Supreme di Seberang Prai sebagai Admin Officer.Di Butterworth suami membawa Nuri jadi hati tu sentiasa berdoa dan berdoa agar dia selamat pergi dan balik.maklum lah Nuri ni dah lama dan macam macam cerita kita dengar..
Kemudian kami balik semula ke Lumut, bersama KD Rajawali dan dia terbangkan WASP. dan saya juga berkerja di Dindings Poultry Processing sebagai Payroll Officer hampir 5 tahun akhirnya suami memohon untuk bersara awal, dah penat dia terbang dan masa pun dah banyak di habis kan dengan bekerja dan terlalu sedikit bersama keluarga katanya, dan saya pun masa tu sudah bekerja di Melaka dan memohon berhenti dan kami berpindah ke Putrajaya pada 2002. Berakhir lah hidup saya sebagai isteri seorang juruterbang..

Kesimpulan nya bila saya kenang semula tiap detik yang berlalu dulu terlalu indah .kenangan saya bersama warga TUDM dan TLDM ni, kami bagai satu keluarga, walau pun memang ada yang bergaduh dan bermasam muka tapi saya bersyukur kerana dalam perjalanan kehidupan saya tidak pernah saya bergaduh atau bermasam muka, saya baik dengan semua orang dan mereka juga baik dengan saya, kami tolong menolong kerana suami suami selalu tak ada di rumah.dan kami para isteri tentera ni membuat tugas suami dan isteri pada keluarga dan anak anak anak..kami lah yang membesarkan anak anak menyiapkan urusan rumah, suami hanya balik sekali kekala tanya kabar dan beri duit, macam saya tak pernah mintak duit, dia akan beli semua kelengkapan rumah dan hal kecik kecik saya uruskan sendiri. tapi saya sebagai isteri saya tahu kehendak suami, dia selalu beritahu saya dia nak saya besarkan anak anak dengan ilmu pelajaran, dia nak anak anak dia cemerlang dalam peperiksaan, nak anak dia dapat A dalam matapelajaran maths dan english, mesti pandai cakap inggeris..alhamdulillah saya merealisasikan harapan dia, malah masa anak kedua lahir nazim, perkataan pertama dia masa melihat nazim setelah seminggu saya bersalin baru dia dapat balik...anak i ni mesti masuk RMC macam i jugak...berjaya juga Nazim ke RMC akhirnya..saya melayan anak anak saya dari kecil lagi..mengajar mereka membaca seusia 2 tahun..suami selalu tak ada jadi saya curahkan rasa rindu tu kat anak anak lah..Syukur anak anak saya berjaya dalam pelajaran dan selalu Tajuddin beritahu yang dia bersyukur kerana semasa dia selalu tak ada dulu saya mengambil alih tugas dan sentiasa menjaga pelajaran anak anak.dia bangga dengan kejayaan anak anak dia hari ni..walaupun terkilan kerana ziera pergi dulu sekurang nya ziera dah tunjuk kat ayah dia yang dia juga telah berjaya ke menara gading..Hati kami isteri tentera terutama yang suami dia juruterbang ni sentiasa risau dan bimbang.hanya doa dan doa yang mampu di beri, memang lah ajal maut tangan tuhan tak kira apa kerja nya sekali pun macam anak saya meninggal kerana denggi, dan orang lain meninggal kerana terjatuh tapi perasaan tu bila kata nak terbang bimbang semacam.
Saya selalu beritahu Tajuddin dan kawan kawan bila dok bersembang, tak adil kalau lah suami suami dalam tentera ni pi cari isteri ke dua kerana tugas mereka pun isteri isteri yang yang buat..tapi saya melihat jiran jiran dan kawan kawan rapat memang bila mereka cuti sama dengan tajuddin akan sentiasa bersama keluarga dan buat apa yang patut. dan kerana jarang berjumpa tajuddin pun tak pernah lah keluar malam untuk pi sembang dengan kawan ke.masa dia hanya dengan saya dan anak anak bila waktu tidak bekerja.

Saya bersyukur dan bersyukur dengan perjalanan hidup saya, kerana berkahwin dalam usia 20 tahun banyak pengalaman yang saya terima dan kutip, banyak nikmat nikmat dari tuhan yang saya rasa begitu juga dugaan yang di beri, saya akur dan pasrah.kerana dugaan itu lah buat saya lebih matang dan kuat untuk saya melangkah dan melangkah sebelum di jemput ilahi.

Kadang kadang rindu juga kehidupan saya sebagai isteri tentera ni, tapi kenangan yang ada dalam hati ini sentiasa buat saya senyum sendiri....hidup perlu di teruskan....dan iam happy with my life now.........sentiasa bersyukur dan bersyukur...kerana apa yang kita lalui ini ada lah pilihan kita dan bila tuhan izinkan ia berlaku maka ini la yang terbaik untuk kita...hanya dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita..

Bila Tajuddin dah masuk civilian world lain pulak dugaan sebagai isteri.....nanti kita cerita lain kali..apa pun saya bersyukur dan bersyukur...terima kasih tuhan..

Resah isteri juruterbang