Sunday, October 25, 2009

Kenangan mengusik jiwa






Minggu lepas Izwan beritahu saya kawan kawan nak baca pasal artikel kemalangan mak ayah nya, Keratan akhbar di simpan adik di Johor Bahru. jadi saya mencuba untuk mencari nya dlm internet. Agak terharu saya terjumpa blog yang tribute untuk arwah adik ipar saya Zolkifli Mansor, seorang staf arwah yang menulis tentang arwah dan keratan di atas saya ambil dari blog nya. Terima kasih untuk beliau

Kenangan mula menjelma bila membaca tentang berita di atas, saat saya menerima panggilan talipon, mengumpul anak anak untuk balik ke Jb, Kesian adik saya dia menerima berita seorang diri kerana suami nya baru 2 minggu ke Guam kerana tugas, hanya tinggal dia dan anaknya dan pembantu rumah, mujur mak saudara ada untuk melayan tetamu dan uruskan persiapan di rumah saya, kerana adik saya collapse sejak terima berita, mendapat berita jam 12.30 hari jumaat 17 November, menunggu anak anak solat jumaat terus ke jb, saya berdoa sepanjang jalan supaya beri saya kekuatan untuk hadapi berita ni .Air mata tak henti mengalir, masa tu wajah mak ayah jit dan zul terbayang bayang di ruang mata, terutama mak,saya memang rapat dengan mak, dia lah banyak membantu saya sejak saya berumah tangga.susah senang dengan dia saya mengadu begitu jugak dia, selalu talipon saya bila nak mengadu hal, biasa lah orang tua kadang kadang ada yang dia kecil hati dengan abah dan adik adik.Kami rapat, boleh bercerita sampai jam 2 pagi. mak... rindu sangat dengan mak waktu ni, tak ada tempat nak mengadu. sekarang ni saya menyimpan keloh kesah saya sendiri dan menangis bila solat malam.
Saya tiba di rumah mak jam 4 petang, penuh orang di luar dan di dalam menunggu berita dan jenazah mereka. Saya dapat kan adik saya , setelah tenangkan dia, saya berjumpa dengan pak dan mak saudara , menurut Datuk Yem jenazah terus di mandi kan di sana iaitu di hospital Mersing dan kemudian di bawa ke sini dan terus di kebumikan di Mahmoodiah. Alhamdullillah jenazah mereka dimandi kan, di kapankan oleh saudara mak jugak yang bekerja di hospital.

Saya agak tenang melayan tetamu yang hadir, beratus ratus orang yang datang, kenalan kenalan mak dan abah, mak ramai kenalan, abah pasal dia cikgu, jadi ramai lah murid murid, kawan kawan yang datang, belum lagi saudara mara..jit dan zul pun ramai kenalan. jadi penuh rumah dan jalan , macam pembesar yang meninggal , begitu lah hebat nya mereka ini, ramai orang yang sayang mereka dan mengiringi pemergian nya.
Jenazah sampai kira kira jam 11.30malam, 2 van jenazah di iringi oleh polis peronda dari Mersing Ke rumah mak..satu demi satu jenazah masuk ke dalam rumah, ada 2 imam di rumah, Imam Datuk Maahad (kadi yg nikah kan Mawi) beliau nikah kan saya jugak dan imam Rashid (imam Pasir Gudang) mereka adalah kenalan keluaga kami.Lebih seratus orang solatkan sampai ke jalan luar mereka sembahyang untuk arwah, selepas itu kami di benarkan mencium dahi mak, perasaan sedih, pilu hanya tuhan yang tahu, tapi saya berdoa dan berdoa beri lah saya kekuatan sehingga mereka di semadikan, pas tu kalau saya nak pengsan ke tak apelah, kerana saya teringat kata kata mak jangan tinggalkan jenazah sendirian, tunggu sampai di kebumikan. Nasihat nasihat ni selalu di beri bila dia balik dari melawat orang meninggal, pesan mak lagi, jangan pakai tilam lama, beli tilam baru kalau dia meninggal, sarung bantal alas cadar putih, bekas air dah siap dalam almari , dulu dia siapkan untuk dia tapi arwah ziera dah gunakan, jadi dia beli yang baru. Itu lah mak saya, dia tak mau susahkan anak anak, kain batik lepas semua dah ada dalam almari. Kami beli tilam 4 yang baru kerana itu lah yang mak mahu.

Sampai di Kubur Mahmoddiah api terang benderang, Datuk Yem mintak bomba pasang kan lampu untuk kebumikan jenazah jenazah, saya teman kan semua jenazah semasa proses mengali, saya pegang satu demi satu, dan baca ayat ayat untuk mereka, pada mak saya beritahu saya teman mak. adik saya tidak dapat ke pusara kerana tak mampu, jadi saya lah yang tinggal untuk habiskan tugas terakhir ini bersama suami. anak anak dan pak saudara saya.satu demi satu jenazah di turunkan, saya pasrah ya tuhan ku, saya pegang anak anak arwah, mereka lagi sedih kehilangan ibu bapa mereka, tapi pada waktu itu saya telah beritahu hati saya yang saya akan menjaga mereka. Walaupun jam dah 1 pagi tapi lautan orang di pusara, mengaminkan doa 2 imam, syukur banyak banyak saya pada ilahi, pemergian mereka di tangisi oleh ramai orang.
Bila habis pengebumian dan orang beransur balik, baru saya terduduk tak boleh bangun, macam mimpi, kekuatan yang ada hilang, lemah longlai kaki tak dapat bangun, duduk saya di batu bersebelahan pusara, Nazim duk usap usap bahu saya, datang seorang lelaki bertanya pada saya, siapa yang meninggal ni dengan saya, saya kata ibu bapa dan adik ipar dan adik perempuan saya, katanya saya yang uruskan jenazah dari mula hingga selesai kapan hingga bawa ke sini, mereka orang baik baik, hanya redha dan sedekah kan fatihah untuk mereka. Insyaalah cantik lah tempat dia dia sana.Terkejut jugak saya mendengarnya dari orang yang saya tak kenali. Mendengar kata dia saya bangun dan seperti ada kekuatan untuk balik ke rumah dan memikirkan hari yang mendatang, sementara Ilman anak arwah telah sampai ke hos[ital Sultanah Aminah dari Mersing di temani oleh saudara saya yang tinggal di Mersing.

Esok pagi saya beritahu Ngah yang dia mesti kuat kerana Ilman perlukan dia di hospital kerana saya sibuk dengan hal hal lain. Syukur dia kuat dan dia lah yang menjaga Ilman di hospital selama hampir 2 bulan, dari Sultanah Aminah ke Hospital Puteri.
Kadang rasa macam mimpi perkara ini berlalu, tengok tv cerita drama saya akan menangis bila ada kematian dalam drama tersebut, tapi bila berlaku pada diri sendiri air mata tak mau keluar..tapi berat mata memandang berat lagi bahu memikul.,kehilangan arwah Ziera sedikit sebanyak membantu untuk saya menjadi kuat semasa menghadapi dugaan hebat ini.. dan lagi saya bersyukur kerana malam jumaat tu dia talipon saya beritahu akan ke Mersing esok pagi dan kami berbual agak lama dan saya bercerita tentang keputusan peperiksaan anak saya yang agak baik semua nya, dan kata kata dia yang masih saya ingat, insyaallah anak anak awak cemerlang teruskan aje perhatikan mereka.
Sejak hari itu bermula lah episod saya sebagai orang yang bertanggung jawab menjaga adik dan anak buah saya. Bukan senang sebenarnya kerana selama ni mak lah segalanya, tapi kini di bahu saya terpikul tugas tugas yang mesti saya laksanakan sebaik mungkin.
Saya berdoa dan berdoa di beri kekuatan hati dan kudrat untuk saya teruskan hidup ini. Di panjang kan umur dan sihat supaya dapat saya menjalankan tangungjawab membesarkan anak anak arwah hingga berjaya . dan pada mu yaang allah jadi kan saya insan yang kau redhai.
Saya bersyukur dengan perjalanan hidup saya ni, terlalu banyak nikmat yang di beri walau pun dugaan di uji pada saya.
Terima kasih tuhan.

Sunday, October 4, 2009

Hari Raya Di Johor Bahru

Saya bertolak pulang ke Jb hari jumaat 18hb kira kira jam 2 ptg setelah suami dan anak anak pulang dari solat jumaat. Setelah membayar tol dari tol Putra Mahkota masuk susur ke highway......jem bermula...heran jugak...xkan dah jem baru jam 2..tapi suami mengagak tentu ada kemalangan..betul pun agak agak 6 bijik kereta tersadai..lepas senawang baru berjalan lancar..kami sampai di Bandar Baru UDA trus singgah ke pasar ramadhan di sana..cepat cepat beli nasi ambang kerana itu yang di cari suami dan biasa lah anak anak dengan pilihan masing masing.Jam 7 sampai umah adik saya..saya berbuka di sana dulu, adik saya raya sakan tahun ni..rumah semua wall paper, tv plasma lagi..bagus bagus,,,,setelah solat kami bertolak ke umah tok mak..walau pun umah tu sekarang umah saya tapi saya masih kate umah tok mak..biar lah hati saya senang bile menyebutnya...ada kate kate yang mak beritahu saya buat saya terharu jadi anak mak semasa dia menyuruh mengambil umah itu sebelum dia meninggal dunia.,biar la ia menjadi rahsia hati saya..rumah tu dah bertukar nama 4 tahun yang lalu kerana abah tau dia xde anak lelaki jadi dia nak tukar siap siap supaya bile dia xde senang kami semua.Saya beli dengan harga kasih sayang dan masih membayar pinjaman rm1000 sebulan..
Sedih memang sedih kerana selalu mak akan bukak pintu dan gate tapi kini kami bukak sendiri, pasang lampu ..sedih sangat hati tapi saya kuat kan hati dan buat macam biasa kerana Ilman ade...biasa lah Ilman (anak arwah yang di jaga adik saya) tiap kali saya di sana dia akan bersama saya , naik kereta saya ,tido dengan saya..dia yang buat hati kami gembira dan gelak aje dengan keletah dia..dia mintak duit raya rm400 sebab tahun lepas saya terpaksa beri 300 kerana janji sehari rm10, habis lak puasanya..xpe la memang saya akan beri berapa yang dia minta..
Malam tu riuh lah umah tok mak, anak anak sibuk tunjuk baju raya pada ngahnya..melaram satu demi satu....
Esok sabtunya bersama suami ke Pasar Tani di Stadium Larkin beli barang barang kerana malam tu ada takbir raya rumah saya.Memang tiap tahun masa Tok Bah ada mereka akan datang , jadi kami teruskan tradisi tu..sementara ngah dengan Nazim pi ambil ayam dan daging..Kami mula menyiapkan barang untuk masak jam 2 ptg..buat pertama kali saya tak ade pembantu rumah jadi hanya bibik pembantu umah ngah yang menolong..dia memang lembab jadi saya lah kena kerja kuat sikit...Siap akhirnya nasi empet, soto ayam, sambal goreng dan rendang daging dendeng..serunding daging saya beli aje..ketupat pun tempah.Kul 7 kami bertolak ke rumah pak sedara...adik bungsu mak...Latuk yem..tiap tahun memang dia buat buka puasa kemudian terus takbir raya...tradisi tiap tahun..tahun lepas masuk lah tv3 pada raya pertama tentang tradisi ni tiap tahun dia adakan... glamour la kejap datin 1 dan datin 2....apa pun saya bersyukur dapat pak sedara macam dia.,dan seperti biasa beratus ratus orang hadir..kate anak anak..ma mereka ni malam raya tak sibuk masak ke..seorang anak dapat rm10.yang tua 50..kalau 5 anak dengan isteri.....ok laa tu...xbaik jahat sangka...tapi dalam pjalanan balik ke kereta itu lah yang saya dengar dari mereka berbual..xpe rezeki mereka....kami balik jam 9 kerana nak siap kan umah untuk takbir raya pulak..jam 10 mereka bertakbir...mase tu teringat arwah ayah dan mak..sementara arwah zul akan balik ke Pontian tiap malam raya dengan arwah Jit dan anak anak..malam tu mereka akan kumpul adik beradik di sana kerana esok selalu nya kakak kakak arwah akan balik ke rumah isteri atau suami masing masing..banyak lah jugak mereka makan..seronok tengok...oh ya petang tu saya sempat lari ke pusara di mahmoodiah untuk tabur kan bunga siap siap supaya esok senang dan dah cantik..dan untuk saya lepaskan rindu saya pada mereka....kami lalu tepi umah tok ekin mawi untuk ke pusara..baru cakap..nampak dia dan kembarnya dah nak masuk kereta..panjang umur kembar tu...dan memang cantik mereka..
Jam 12 saya pun terlelap..penat yang amat penat...masak tu....esok pagi nak masak lodeh dan ayam masak merah dan sambal udang....banyak tu....
Bangun bangun dah hari raya.....riuh rendah umah dengan mereka bersiap..suami dengan anak bujang dah first round dulu makan sebelum solat..sambal goreng memang kegemaran kami..tiap tahun memang tak pernah miss...apa yang saya masak sama lauk dengan apa yang mak masak pagi raya..cume rasa mesti lah berbeza..tapi tengok mereka berselera..saya gembira...kadang kadang saya senyum sendiri...mane datang kecekapan saya didapur setelah mak meninggal...macam magic..kerana mase mak ade saya hanya tergolek depan tv kerana mak di bantu oleh 3 pembantu umah...anak anak buah kate sebelum tok mak pergi dia dah beri magic kat mama long...ye la tu....sebenarnya semangat dan saya jatuh cinta dengan memasak ni...saya seronok bila di dapur..suami ,anak anak ,anak anak buah, ngah dan fadzli tunggu untuk makan..11 orang menunggu masakan saya...sedap cerita no 2...tapi senang hati bile anak buah kate..mama long masak dah macam tok mak..tapi saya sendiri tau...anak anak dan anak anak buah lah yang buat saya seronok dan happy bila tiba raya..they appreciate me..
Balik dari solat trus mereka makan,,kemudian sessi bersalaman sebelum bertolak ke pusara..xde nangis nangis...gelak dan gelak aje dengan kelakar mereka..tidak ada air mata menitik kerana kesedihan kerana sesungguh nya kami redha dengan kehidupan hari ini..yang pergi menanti kami di sana insyaallah..perasaan sedih kami simpan jauh jauh dalam hati ini...biar anak anak tidak melihat kesedihan kami...mereka perlu kan kami yang tua tua ni ini untuk terus menghadapi hari hari mendatang....siap sessi bergambar lagi...nanti bila anak balik dari cuti saya minte dia upload kat blog ni gambar2...
Kul 10 pergi la kami di pusara, memang tiap tahun akan ada tahlil pendek di pusara di buat oleh latuk yem.ustaz yang buat tu memang ustaz kepada makam di raja johor.mula mula ke pusara arwah tok saya...memang nasib baik kerana keluaga belah mak saya pusara nya memang bersebelahan..dalam satu kawasan tu semua pak sedara, mak sedara, abah tok , mak tok saya..arwah ziera pun di situ jugak....adik beradik mak 11 orang dan mak yang tua tapi kini tinggal 4 aje..2 pak sedara dan 2 mak sedara...mereka meninggal dulu dari mak..rata rata antara usia 35 hingga 55 tahun mak pulak 62 tahun..semua pasal jantung....jadi saya ramai lah sepupu yang anak yatim...bila mak meninggal..kerana nak buat lubang besar nak tempat kan 4 jenazah kawasan tu x boleh bawa masuk jentolak..jadi pusara mak jauh sikit dari mereka tapi tepi jalan, kira kira 60 meter dari pusara ziera..sebulan lepas tu isteri arwah adik mak meninggal mereka tanam di sebelah mak,,jadi sekarang buat 2 kali tahilil pendek.kate latuk yem yang datang bace tahlil dah macam sikit...yang kene bace macam dah banyak....who is next......
Seperti biase latuk yum kate...haflah..pas ni pi umah aku makan dulu......kalau dulu mase mak ade..pas pi pusara..mereka akan beramai ramai ke rumah mak....sekarang ni saya lah pi rumah dia dulu....Makan lah kami lagi...pas tu dok borak borak..jumpe pak sedara setahun sekali...masing masing sibuk...pak sedara yang tinggal dua dua orang kaye gitu...mane nak jumpe...sibuk cari duit..Pak sedara yang masih bernyawa ni saya panggil name aje dari kecik..yem dan lek..pasal dulu saya membesar dengan mereka dan umur mereka jarak 4 dan 6 tahun aje dari saya..arwah mak tok saya meninggal umur 39, saya baru setahun jadi mak terpaksa dok semula dengan abah nya menjage adik adik nya..jadi mereka ni macam abang abang saya lah...saya rapat dengan mereka..cume beberapa tahun ni saya sibuk dengan urusan saya dan jarang dapat berjumpa..tapi mereka sentiasa di hati saya..
Pas tu petang mereka berpakat ke rumah adik saya di UDA, kemudian ke rumah mak sedara di Uda, pastu pi majidee, pastu pi Taman ape ntah..umah mak sedara ...sampai umah kul 12 malam...lepak....selagi latuk yem hidup dan dia tak berubah fikiran nya tiap tahun akan trus begini...semua mak sedara dan pak sedara anak anak buah dia iaitu sepupu saya akan berkumpul di rumah nya dan beraya bersama sama...adelah satu dua yang tidak..Esok nye saya cadang pi rumah dua mak sedara sebelah abah...umah mak yah...mak yah dah meninggal few years back tapi suami dia ade...kami panggil Cek Nal..dah uzur dah dia.dia pernah bercerita pada saya semasa abah saya meninggal....katenye seminggu sebelum abah meninggal dia datang umah mak yah...umah mak yah ni dekat dengan pusara mahmoodiah, jadi abah selalu singgah bile pi pusara ziera dan pusara lain..dia cakap...saya tak boleh bayang kan hidup saya kalau badar pergi dulu....pasal dia tengok cek nal tinggal sorang..kalau boleh saya pergi dulu dari badar....badar tu mak saya la...name dia badariah...abah memang selalu cakap macam tu...pasal mak aje yang boleh layan dia...dia agak cerewet orang nya...kami pun selalu bergurau dgn dia..kalau mak pergi dulu..kite kawin kan abah...dia gelak aje...boleh boleh nak orang indon katenya...tapi cakap aje....dia sayang mak...kami tau...rupanya dua dua pergi sama sama..saya redha..tuhan lebih mengetahui..semoga mereka berbahagia di sana..insyaallah.....saya selalu mimpi yang indah indah kalau dia menjelma dalam mimpi saya....kemudian kami umah mak nab di kempas....kakak abah...pastu kami balik umah......
Raya ke tiga..saya masak mee kari...kawan saya datang dari putrajaya......petang siap berkemas kemas.....
Raya ke empat kami pulang ke rumah kami...sampai jam 1..trus suami ke Kajang untuk beli satay kerana Latuk yem dan rombongan..kaum puak saya lah akan sampai kul 4 untuk raya di rumah saya.....
Pastu saya ikut la pulak rombongan Cek Kiah ke rumah rumah kaum puak kat sini.. sementara Nazim hantar Nazrin balik ke UIA PJ kerana esok dia exam....sian dia...
Esok nya khamis...suami dah mule kerja.....saya pun bangun lambat..penat.....tengahari pi alamanda beli phone baru untuk fafa pasal phone dia rosak..dah janji dengan latuk yem pi umah dia kat Tropicana..dia kat jb ade umah kat kl pun ade umah.. mcm saya jugak..tapi umah dia juta juta...umah saya ratus aje....pas tu mak sedare kate dah nak pi cheras jadi saya trus ke cheras kemudian k rumah pak sedare latuk lek pulak...barbeque gitu.....jumpa suami di sane...balik jam 11 malam......
Esok tak habis lagi cerita...pagi akan ke Pulau Pinang..anak buah sebelah suami akan bersanding di sana...sambut menantu.....bab raya dah habis la..pas ni bab pi hantar orang sanding....apa pun semua berjalan lancar....Kami sampai di rumah hari sabtu jam 11 malam.....ahad saya tidor dan tidor......penat yang amat penat...10 hari yang penat....isnin saya xleh bangun trus,,,demam dan batuk....rabu baru ok...tapi tak ok pun tengahari dah keluar ambil anak anak dan melayan makan dia..sushi la, noodle la kfc la...`Seronok hidup saya.....penat penat jugak tapi tiap waktu ade perkara yang perlu saya lakukan...saya pastikan saya cukup rehat..sebab tu kalau saya rase badan saya perlu rehat..saya akan tergolek atas katil beberapa hari.....pas tu saya buat kerja saya semula....pelangan x lari kerana mereka tunggu saya...syukur tuhan kerana bakat yang di beri pada saya..Bayang kan wang mengalir keluar dalam 2 minggu ni......aduh aduh aduh.....tapi syukur yang amat rezeki yang tuhan limpahkan pada saya dan suami.....

Friday, October 2, 2009

SELAMAT HARI RAYA/persiapan raya

Hari ini telah masuk hari yang ke 14 kita dalam bulan syawal. Mood menulis baru datang untuk saya..Kadang saya merasakan tidak ada apa yang menarik tentang hari raya sejak 4 ahli keluarga saya meninggal 3 tahun yang lalu. Tapi saya tahu dalam hidup kita mesti fikirkan orang lain terutama suami dan anak anak.Anak anak menanti hari raya terutama anak anak arwah kerana dalam usia 14 dan 11 tahun mereka excited untuk balik jb bertemu adik nya, sepupunya , ngah , uncle lee dan saudara sebelah arwah ayahnya.. Kata jyea sebelum kami pulang..ma ..dulu excited balik raya pasal nak jumpa tok mak tok bah ,mak jit, uncle zul,ngah dan uncle lee , nak makan tok mak masak yang nombor satu la..tapi sekarang ni..orang jb yang tunggu kita pasal tinggal ngah dan uncle lee, syafik dan ilman kat jb..pasal masak ma pun hari hari masak kan kami...betul tu..kami semua rindu kan masakan mak...
Mak memang pandai masak..selalu mengajar orang masak..aunty aunty saya banyak belajar masak dari mak..mak jugak selalu jadi pengadil dalam pertandingan memasak..sebab tu anak anak dia tak pandai masak kerana dia rajin anak dia jadi malas...alasan yaang baik..

Persiapan raya untuk saya takada ..minggu terakhir saya bawa semua anak anak ke mid valley dan kemudian mereka sambung di Sunway Pyramid..Irfan senyum sampai telinga dapat kasut Tiger yang dok dia idam idam..sikit lagi RM400 harga asal tu..xpe la asal dia happy sudah..adik dapat baju superman brand yang dok tiap tahun dia beli..sehelai rm107 tu..beli 2...sakit perut mama long dia...entah lah tengok dia orang excited beli baju raya saya rasa seronok dan gembira..anak anak saya dah besar jadi kami beri duit dan pandai pandai lah mereka beli barang..tapi anak bujang saya Nazim memang selalu nak untung..masa cuba baju melayu di Metro dalam bilik sambil mencuba pakaian sambil beritahu saya..tolong cakap dengan ayah baju melayu kena bayar pakai duit yang dia beri ke..kalau ye..dia xnak baju tu nak cari kat kamdar aje.murah...ayah dia mengalah...xpe baju melayu ayah bayar..senyum lah yang lain..
Anak dara saya si kembar beli baju kurung di Butik Kartika sebelah Little Penang...Owner dia Kak Saodah kenalan lama saya masa saya bekerja di sebuah syarikat di Mid Valley,hampir 4 tahun saya di sana. Saya merupakan pelanggan setia dia.dan arwah Ziera pernah kerja sekejap masa tunggu SPM..masuk butik dia teringat Ziera masa kerja di sana..kat situ jugak duit saya tiap bulan susut kerana beli baju..selalu saya dapat diskaun bila beli di sana..harga baju kurung 2 pasang RM500 tapi Kak Saodah beri diskaun yang teramat baik jadi tak lah mengigil saya membayarnya.
Kata suami u xnak beli ke...entah memang tak rasa nak beli apa apa..jadi tak beli la...
Kira kira perbelanjaan malam sebelum tido habis lah RM5,000 untuk anak anak saya semua yang 6 orang...xpe lah..asal mereka happy sudah...
Twin kata mama tahun ni tak beli baju raya tapi hand bag prada tu harga amboi amboi amboi....ok lah tu kira balance.....harga rahsia...ayah tau..kene berleter sampai pagi nanti...
Persiapan raya siap sudah...kuih kuih dah beli 4 5 jenis...suami dok beli macam macam jenis kacang...jadi jumaat tengahari kami berangkat la ke jb.....Nazim balik awal ke jb untuk tolong ngah siapkan pusara dan rumah tok mak..pertama kali dia balik pandu kereta sendiri ke jb bersama 2 teman nya.....
Alhamdulillah dengan rezeki yang tuhan beri pada saya dalam bulan puasa ini, syukur dan syukur pada mu ilahi. dan dengan rezeki itu lah saya dapat menyediakan persiapan raya untuk anak anak mengikut kemahuan mereka..terima kasih dan semoga tuhan limpah kan rezeki pada kawan kawan yang memberi sokongan dalam perniagaan yang saya lakukan, pada Dr Nora yang memberi duit raya yang terlebih sudah pada Irfan dan Izwan..akan saya kenang jasa kelian...memang saya bekerja keras untuk mereka agar mereka gembira menyambut hari raya..syukur syukur tuhan makbulkan permintaan saya..
Semoga rezki saya bertambah dan berlimpah ruah dalam saya melangkah dan melangkah dan begitu jugak pada sahabat sahabat saya yang sentiasa memberi sokongan kepada saya..terima kasih banyak banyak..Untuk Maria..thank you..antara sahabat yang sentiasa sokong saya...mereka lah kekuatan saya....
Terima kasih tuhan..