Sunday, October 25, 2009

Kenangan mengusik jiwa






Minggu lepas Izwan beritahu saya kawan kawan nak baca pasal artikel kemalangan mak ayah nya, Keratan akhbar di simpan adik di Johor Bahru. jadi saya mencuba untuk mencari nya dlm internet. Agak terharu saya terjumpa blog yang tribute untuk arwah adik ipar saya Zolkifli Mansor, seorang staf arwah yang menulis tentang arwah dan keratan di atas saya ambil dari blog nya. Terima kasih untuk beliau

Kenangan mula menjelma bila membaca tentang berita di atas, saat saya menerima panggilan talipon, mengumpul anak anak untuk balik ke Jb, Kesian adik saya dia menerima berita seorang diri kerana suami nya baru 2 minggu ke Guam kerana tugas, hanya tinggal dia dan anaknya dan pembantu rumah, mujur mak saudara ada untuk melayan tetamu dan uruskan persiapan di rumah saya, kerana adik saya collapse sejak terima berita, mendapat berita jam 12.30 hari jumaat 17 November, menunggu anak anak solat jumaat terus ke jb, saya berdoa sepanjang jalan supaya beri saya kekuatan untuk hadapi berita ni .Air mata tak henti mengalir, masa tu wajah mak ayah jit dan zul terbayang bayang di ruang mata, terutama mak,saya memang rapat dengan mak, dia lah banyak membantu saya sejak saya berumah tangga.susah senang dengan dia saya mengadu begitu jugak dia, selalu talipon saya bila nak mengadu hal, biasa lah orang tua kadang kadang ada yang dia kecil hati dengan abah dan adik adik.Kami rapat, boleh bercerita sampai jam 2 pagi. mak... rindu sangat dengan mak waktu ni, tak ada tempat nak mengadu. sekarang ni saya menyimpan keloh kesah saya sendiri dan menangis bila solat malam.
Saya tiba di rumah mak jam 4 petang, penuh orang di luar dan di dalam menunggu berita dan jenazah mereka. Saya dapat kan adik saya , setelah tenangkan dia, saya berjumpa dengan pak dan mak saudara , menurut Datuk Yem jenazah terus di mandi kan di sana iaitu di hospital Mersing dan kemudian di bawa ke sini dan terus di kebumikan di Mahmoodiah. Alhamdullillah jenazah mereka dimandi kan, di kapankan oleh saudara mak jugak yang bekerja di hospital.

Saya agak tenang melayan tetamu yang hadir, beratus ratus orang yang datang, kenalan kenalan mak dan abah, mak ramai kenalan, abah pasal dia cikgu, jadi ramai lah murid murid, kawan kawan yang datang, belum lagi saudara mara..jit dan zul pun ramai kenalan. jadi penuh rumah dan jalan , macam pembesar yang meninggal , begitu lah hebat nya mereka ini, ramai orang yang sayang mereka dan mengiringi pemergian nya.
Jenazah sampai kira kira jam 11.30malam, 2 van jenazah di iringi oleh polis peronda dari Mersing Ke rumah mak..satu demi satu jenazah masuk ke dalam rumah, ada 2 imam di rumah, Imam Datuk Maahad (kadi yg nikah kan Mawi) beliau nikah kan saya jugak dan imam Rashid (imam Pasir Gudang) mereka adalah kenalan keluaga kami.Lebih seratus orang solatkan sampai ke jalan luar mereka sembahyang untuk arwah, selepas itu kami di benarkan mencium dahi mak, perasaan sedih, pilu hanya tuhan yang tahu, tapi saya berdoa dan berdoa beri lah saya kekuatan sehingga mereka di semadikan, pas tu kalau saya nak pengsan ke tak apelah, kerana saya teringat kata kata mak jangan tinggalkan jenazah sendirian, tunggu sampai di kebumikan. Nasihat nasihat ni selalu di beri bila dia balik dari melawat orang meninggal, pesan mak lagi, jangan pakai tilam lama, beli tilam baru kalau dia meninggal, sarung bantal alas cadar putih, bekas air dah siap dalam almari , dulu dia siapkan untuk dia tapi arwah ziera dah gunakan, jadi dia beli yang baru. Itu lah mak saya, dia tak mau susahkan anak anak, kain batik lepas semua dah ada dalam almari. Kami beli tilam 4 yang baru kerana itu lah yang mak mahu.

Sampai di Kubur Mahmoddiah api terang benderang, Datuk Yem mintak bomba pasang kan lampu untuk kebumikan jenazah jenazah, saya teman kan semua jenazah semasa proses mengali, saya pegang satu demi satu, dan baca ayat ayat untuk mereka, pada mak saya beritahu saya teman mak. adik saya tidak dapat ke pusara kerana tak mampu, jadi saya lah yang tinggal untuk habiskan tugas terakhir ini bersama suami. anak anak dan pak saudara saya.satu demi satu jenazah di turunkan, saya pasrah ya tuhan ku, saya pegang anak anak arwah, mereka lagi sedih kehilangan ibu bapa mereka, tapi pada waktu itu saya telah beritahu hati saya yang saya akan menjaga mereka. Walaupun jam dah 1 pagi tapi lautan orang di pusara, mengaminkan doa 2 imam, syukur banyak banyak saya pada ilahi, pemergian mereka di tangisi oleh ramai orang.
Bila habis pengebumian dan orang beransur balik, baru saya terduduk tak boleh bangun, macam mimpi, kekuatan yang ada hilang, lemah longlai kaki tak dapat bangun, duduk saya di batu bersebelahan pusara, Nazim duk usap usap bahu saya, datang seorang lelaki bertanya pada saya, siapa yang meninggal ni dengan saya, saya kata ibu bapa dan adik ipar dan adik perempuan saya, katanya saya yang uruskan jenazah dari mula hingga selesai kapan hingga bawa ke sini, mereka orang baik baik, hanya redha dan sedekah kan fatihah untuk mereka. Insyaalah cantik lah tempat dia dia sana.Terkejut jugak saya mendengarnya dari orang yang saya tak kenali. Mendengar kata dia saya bangun dan seperti ada kekuatan untuk balik ke rumah dan memikirkan hari yang mendatang, sementara Ilman anak arwah telah sampai ke hos[ital Sultanah Aminah dari Mersing di temani oleh saudara saya yang tinggal di Mersing.

Esok pagi saya beritahu Ngah yang dia mesti kuat kerana Ilman perlukan dia di hospital kerana saya sibuk dengan hal hal lain. Syukur dia kuat dan dia lah yang menjaga Ilman di hospital selama hampir 2 bulan, dari Sultanah Aminah ke Hospital Puteri.
Kadang rasa macam mimpi perkara ini berlalu, tengok tv cerita drama saya akan menangis bila ada kematian dalam drama tersebut, tapi bila berlaku pada diri sendiri air mata tak mau keluar..tapi berat mata memandang berat lagi bahu memikul.,kehilangan arwah Ziera sedikit sebanyak membantu untuk saya menjadi kuat semasa menghadapi dugaan hebat ini.. dan lagi saya bersyukur kerana malam jumaat tu dia talipon saya beritahu akan ke Mersing esok pagi dan kami berbual agak lama dan saya bercerita tentang keputusan peperiksaan anak saya yang agak baik semua nya, dan kata kata dia yang masih saya ingat, insyaallah anak anak awak cemerlang teruskan aje perhatikan mereka.
Sejak hari itu bermula lah episod saya sebagai orang yang bertanggung jawab menjaga adik dan anak buah saya. Bukan senang sebenarnya kerana selama ni mak lah segalanya, tapi kini di bahu saya terpikul tugas tugas yang mesti saya laksanakan sebaik mungkin.
Saya berdoa dan berdoa di beri kekuatan hati dan kudrat untuk saya teruskan hidup ini. Di panjang kan umur dan sihat supaya dapat saya menjalankan tangungjawab membesarkan anak anak arwah hingga berjaya . dan pada mu yaang allah jadi kan saya insan yang kau redhai.
Saya bersyukur dengan perjalanan hidup saya ni, terlalu banyak nikmat yang di beri walau pun dugaan di uji pada saya.
Terima kasih tuhan.

Sunday, October 4, 2009

Hari Raya Di Johor Bahru

Saya bertolak pulang ke Jb hari jumaat 18hb kira kira jam 2 ptg setelah suami dan anak anak pulang dari solat jumaat. Setelah membayar tol dari tol Putra Mahkota masuk susur ke highway......jem bermula...heran jugak...xkan dah jem baru jam 2..tapi suami mengagak tentu ada kemalangan..betul pun agak agak 6 bijik kereta tersadai..lepas senawang baru berjalan lancar..kami sampai di Bandar Baru UDA trus singgah ke pasar ramadhan di sana..cepat cepat beli nasi ambang kerana itu yang di cari suami dan biasa lah anak anak dengan pilihan masing masing.Jam 7 sampai umah adik saya..saya berbuka di sana dulu, adik saya raya sakan tahun ni..rumah semua wall paper, tv plasma lagi..bagus bagus,,,,setelah solat kami bertolak ke umah tok mak..walau pun umah tu sekarang umah saya tapi saya masih kate umah tok mak..biar lah hati saya senang bile menyebutnya...ada kate kate yang mak beritahu saya buat saya terharu jadi anak mak semasa dia menyuruh mengambil umah itu sebelum dia meninggal dunia.,biar la ia menjadi rahsia hati saya..rumah tu dah bertukar nama 4 tahun yang lalu kerana abah tau dia xde anak lelaki jadi dia nak tukar siap siap supaya bile dia xde senang kami semua.Saya beli dengan harga kasih sayang dan masih membayar pinjaman rm1000 sebulan..
Sedih memang sedih kerana selalu mak akan bukak pintu dan gate tapi kini kami bukak sendiri, pasang lampu ..sedih sangat hati tapi saya kuat kan hati dan buat macam biasa kerana Ilman ade...biasa lah Ilman (anak arwah yang di jaga adik saya) tiap kali saya di sana dia akan bersama saya , naik kereta saya ,tido dengan saya..dia yang buat hati kami gembira dan gelak aje dengan keletah dia..dia mintak duit raya rm400 sebab tahun lepas saya terpaksa beri 300 kerana janji sehari rm10, habis lak puasanya..xpe la memang saya akan beri berapa yang dia minta..
Malam tu riuh lah umah tok mak, anak anak sibuk tunjuk baju raya pada ngahnya..melaram satu demi satu....
Esok sabtunya bersama suami ke Pasar Tani di Stadium Larkin beli barang barang kerana malam tu ada takbir raya rumah saya.Memang tiap tahun masa Tok Bah ada mereka akan datang , jadi kami teruskan tradisi tu..sementara ngah dengan Nazim pi ambil ayam dan daging..Kami mula menyiapkan barang untuk masak jam 2 ptg..buat pertama kali saya tak ade pembantu rumah jadi hanya bibik pembantu umah ngah yang menolong..dia memang lembab jadi saya lah kena kerja kuat sikit...Siap akhirnya nasi empet, soto ayam, sambal goreng dan rendang daging dendeng..serunding daging saya beli aje..ketupat pun tempah.Kul 7 kami bertolak ke rumah pak sedara...adik bungsu mak...Latuk yem..tiap tahun memang dia buat buka puasa kemudian terus takbir raya...tradisi tiap tahun..tahun lepas masuk lah tv3 pada raya pertama tentang tradisi ni tiap tahun dia adakan... glamour la kejap datin 1 dan datin 2....apa pun saya bersyukur dapat pak sedara macam dia.,dan seperti biasa beratus ratus orang hadir..kate anak anak..ma mereka ni malam raya tak sibuk masak ke..seorang anak dapat rm10.yang tua 50..kalau 5 anak dengan isteri.....ok laa tu...xbaik jahat sangka...tapi dalam pjalanan balik ke kereta itu lah yang saya dengar dari mereka berbual..xpe rezeki mereka....kami balik jam 9 kerana nak siap kan umah untuk takbir raya pulak..jam 10 mereka bertakbir...mase tu teringat arwah ayah dan mak..sementara arwah zul akan balik ke Pontian tiap malam raya dengan arwah Jit dan anak anak..malam tu mereka akan kumpul adik beradik di sana kerana esok selalu nya kakak kakak arwah akan balik ke rumah isteri atau suami masing masing..banyak lah jugak mereka makan..seronok tengok...oh ya petang tu saya sempat lari ke pusara di mahmoodiah untuk tabur kan bunga siap siap supaya esok senang dan dah cantik..dan untuk saya lepaskan rindu saya pada mereka....kami lalu tepi umah tok ekin mawi untuk ke pusara..baru cakap..nampak dia dan kembarnya dah nak masuk kereta..panjang umur kembar tu...dan memang cantik mereka..
Jam 12 saya pun terlelap..penat yang amat penat...masak tu....esok pagi nak masak lodeh dan ayam masak merah dan sambal udang....banyak tu....
Bangun bangun dah hari raya.....riuh rendah umah dengan mereka bersiap..suami dengan anak bujang dah first round dulu makan sebelum solat..sambal goreng memang kegemaran kami..tiap tahun memang tak pernah miss...apa yang saya masak sama lauk dengan apa yang mak masak pagi raya..cume rasa mesti lah berbeza..tapi tengok mereka berselera..saya gembira...kadang kadang saya senyum sendiri...mane datang kecekapan saya didapur setelah mak meninggal...macam magic..kerana mase mak ade saya hanya tergolek depan tv kerana mak di bantu oleh 3 pembantu umah...anak anak buah kate sebelum tok mak pergi dia dah beri magic kat mama long...ye la tu....sebenarnya semangat dan saya jatuh cinta dengan memasak ni...saya seronok bila di dapur..suami ,anak anak ,anak anak buah, ngah dan fadzli tunggu untuk makan..11 orang menunggu masakan saya...sedap cerita no 2...tapi senang hati bile anak buah kate..mama long masak dah macam tok mak..tapi saya sendiri tau...anak anak dan anak anak buah lah yang buat saya seronok dan happy bila tiba raya..they appreciate me..
Balik dari solat trus mereka makan,,kemudian sessi bersalaman sebelum bertolak ke pusara..xde nangis nangis...gelak dan gelak aje dengan kelakar mereka..tidak ada air mata menitik kerana kesedihan kerana sesungguh nya kami redha dengan kehidupan hari ini..yang pergi menanti kami di sana insyaallah..perasaan sedih kami simpan jauh jauh dalam hati ini...biar anak anak tidak melihat kesedihan kami...mereka perlu kan kami yang tua tua ni ini untuk terus menghadapi hari hari mendatang....siap sessi bergambar lagi...nanti bila anak balik dari cuti saya minte dia upload kat blog ni gambar2...
Kul 10 pergi la kami di pusara, memang tiap tahun akan ada tahlil pendek di pusara di buat oleh latuk yem.ustaz yang buat tu memang ustaz kepada makam di raja johor.mula mula ke pusara arwah tok saya...memang nasib baik kerana keluaga belah mak saya pusara nya memang bersebelahan..dalam satu kawasan tu semua pak sedara, mak sedara, abah tok , mak tok saya..arwah ziera pun di situ jugak....adik beradik mak 11 orang dan mak yang tua tapi kini tinggal 4 aje..2 pak sedara dan 2 mak sedara...mereka meninggal dulu dari mak..rata rata antara usia 35 hingga 55 tahun mak pulak 62 tahun..semua pasal jantung....jadi saya ramai lah sepupu yang anak yatim...bila mak meninggal..kerana nak buat lubang besar nak tempat kan 4 jenazah kawasan tu x boleh bawa masuk jentolak..jadi pusara mak jauh sikit dari mereka tapi tepi jalan, kira kira 60 meter dari pusara ziera..sebulan lepas tu isteri arwah adik mak meninggal mereka tanam di sebelah mak,,jadi sekarang buat 2 kali tahilil pendek.kate latuk yem yang datang bace tahlil dah macam sikit...yang kene bace macam dah banyak....who is next......
Seperti biase latuk yum kate...haflah..pas ni pi umah aku makan dulu......kalau dulu mase mak ade..pas pi pusara..mereka akan beramai ramai ke rumah mak....sekarang ni saya lah pi rumah dia dulu....Makan lah kami lagi...pas tu dok borak borak..jumpe pak sedara setahun sekali...masing masing sibuk...pak sedara yang tinggal dua dua orang kaye gitu...mane nak jumpe...sibuk cari duit..Pak sedara yang masih bernyawa ni saya panggil name aje dari kecik..yem dan lek..pasal dulu saya membesar dengan mereka dan umur mereka jarak 4 dan 6 tahun aje dari saya..arwah mak tok saya meninggal umur 39, saya baru setahun jadi mak terpaksa dok semula dengan abah nya menjage adik adik nya..jadi mereka ni macam abang abang saya lah...saya rapat dengan mereka..cume beberapa tahun ni saya sibuk dengan urusan saya dan jarang dapat berjumpa..tapi mereka sentiasa di hati saya..
Pas tu petang mereka berpakat ke rumah adik saya di UDA, kemudian ke rumah mak sedara di Uda, pastu pi majidee, pastu pi Taman ape ntah..umah mak sedara ...sampai umah kul 12 malam...lepak....selagi latuk yem hidup dan dia tak berubah fikiran nya tiap tahun akan trus begini...semua mak sedara dan pak sedara anak anak buah dia iaitu sepupu saya akan berkumpul di rumah nya dan beraya bersama sama...adelah satu dua yang tidak..Esok nye saya cadang pi rumah dua mak sedara sebelah abah...umah mak yah...mak yah dah meninggal few years back tapi suami dia ade...kami panggil Cek Nal..dah uzur dah dia.dia pernah bercerita pada saya semasa abah saya meninggal....katenye seminggu sebelum abah meninggal dia datang umah mak yah...umah mak yah ni dekat dengan pusara mahmoodiah, jadi abah selalu singgah bile pi pusara ziera dan pusara lain..dia cakap...saya tak boleh bayang kan hidup saya kalau badar pergi dulu....pasal dia tengok cek nal tinggal sorang..kalau boleh saya pergi dulu dari badar....badar tu mak saya la...name dia badariah...abah memang selalu cakap macam tu...pasal mak aje yang boleh layan dia...dia agak cerewet orang nya...kami pun selalu bergurau dgn dia..kalau mak pergi dulu..kite kawin kan abah...dia gelak aje...boleh boleh nak orang indon katenya...tapi cakap aje....dia sayang mak...kami tau...rupanya dua dua pergi sama sama..saya redha..tuhan lebih mengetahui..semoga mereka berbahagia di sana..insyaallah.....saya selalu mimpi yang indah indah kalau dia menjelma dalam mimpi saya....kemudian kami umah mak nab di kempas....kakak abah...pastu kami balik umah......
Raya ke tiga..saya masak mee kari...kawan saya datang dari putrajaya......petang siap berkemas kemas.....
Raya ke empat kami pulang ke rumah kami...sampai jam 1..trus suami ke Kajang untuk beli satay kerana Latuk yem dan rombongan..kaum puak saya lah akan sampai kul 4 untuk raya di rumah saya.....
Pastu saya ikut la pulak rombongan Cek Kiah ke rumah rumah kaum puak kat sini.. sementara Nazim hantar Nazrin balik ke UIA PJ kerana esok dia exam....sian dia...
Esok nya khamis...suami dah mule kerja.....saya pun bangun lambat..penat.....tengahari pi alamanda beli phone baru untuk fafa pasal phone dia rosak..dah janji dengan latuk yem pi umah dia kat Tropicana..dia kat jb ade umah kat kl pun ade umah.. mcm saya jugak..tapi umah dia juta juta...umah saya ratus aje....pas tu mak sedare kate dah nak pi cheras jadi saya trus ke cheras kemudian k rumah pak sedare latuk lek pulak...barbeque gitu.....jumpa suami di sane...balik jam 11 malam......
Esok tak habis lagi cerita...pagi akan ke Pulau Pinang..anak buah sebelah suami akan bersanding di sana...sambut menantu.....bab raya dah habis la..pas ni bab pi hantar orang sanding....apa pun semua berjalan lancar....Kami sampai di rumah hari sabtu jam 11 malam.....ahad saya tidor dan tidor......penat yang amat penat...10 hari yang penat....isnin saya xleh bangun trus,,,demam dan batuk....rabu baru ok...tapi tak ok pun tengahari dah keluar ambil anak anak dan melayan makan dia..sushi la, noodle la kfc la...`Seronok hidup saya.....penat penat jugak tapi tiap waktu ade perkara yang perlu saya lakukan...saya pastikan saya cukup rehat..sebab tu kalau saya rase badan saya perlu rehat..saya akan tergolek atas katil beberapa hari.....pas tu saya buat kerja saya semula....pelangan x lari kerana mereka tunggu saya...syukur tuhan kerana bakat yang di beri pada saya..Bayang kan wang mengalir keluar dalam 2 minggu ni......aduh aduh aduh.....tapi syukur yang amat rezeki yang tuhan limpahkan pada saya dan suami.....

Friday, October 2, 2009

SELAMAT HARI RAYA/persiapan raya

Hari ini telah masuk hari yang ke 14 kita dalam bulan syawal. Mood menulis baru datang untuk saya..Kadang saya merasakan tidak ada apa yang menarik tentang hari raya sejak 4 ahli keluarga saya meninggal 3 tahun yang lalu. Tapi saya tahu dalam hidup kita mesti fikirkan orang lain terutama suami dan anak anak.Anak anak menanti hari raya terutama anak anak arwah kerana dalam usia 14 dan 11 tahun mereka excited untuk balik jb bertemu adik nya, sepupunya , ngah , uncle lee dan saudara sebelah arwah ayahnya.. Kata jyea sebelum kami pulang..ma ..dulu excited balik raya pasal nak jumpa tok mak tok bah ,mak jit, uncle zul,ngah dan uncle lee , nak makan tok mak masak yang nombor satu la..tapi sekarang ni..orang jb yang tunggu kita pasal tinggal ngah dan uncle lee, syafik dan ilman kat jb..pasal masak ma pun hari hari masak kan kami...betul tu..kami semua rindu kan masakan mak...
Mak memang pandai masak..selalu mengajar orang masak..aunty aunty saya banyak belajar masak dari mak..mak jugak selalu jadi pengadil dalam pertandingan memasak..sebab tu anak anak dia tak pandai masak kerana dia rajin anak dia jadi malas...alasan yaang baik..

Persiapan raya untuk saya takada ..minggu terakhir saya bawa semua anak anak ke mid valley dan kemudian mereka sambung di Sunway Pyramid..Irfan senyum sampai telinga dapat kasut Tiger yang dok dia idam idam..sikit lagi RM400 harga asal tu..xpe la asal dia happy sudah..adik dapat baju superman brand yang dok tiap tahun dia beli..sehelai rm107 tu..beli 2...sakit perut mama long dia...entah lah tengok dia orang excited beli baju raya saya rasa seronok dan gembira..anak anak saya dah besar jadi kami beri duit dan pandai pandai lah mereka beli barang..tapi anak bujang saya Nazim memang selalu nak untung..masa cuba baju melayu di Metro dalam bilik sambil mencuba pakaian sambil beritahu saya..tolong cakap dengan ayah baju melayu kena bayar pakai duit yang dia beri ke..kalau ye..dia xnak baju tu nak cari kat kamdar aje.murah...ayah dia mengalah...xpe baju melayu ayah bayar..senyum lah yang lain..
Anak dara saya si kembar beli baju kurung di Butik Kartika sebelah Little Penang...Owner dia Kak Saodah kenalan lama saya masa saya bekerja di sebuah syarikat di Mid Valley,hampir 4 tahun saya di sana. Saya merupakan pelanggan setia dia.dan arwah Ziera pernah kerja sekejap masa tunggu SPM..masuk butik dia teringat Ziera masa kerja di sana..kat situ jugak duit saya tiap bulan susut kerana beli baju..selalu saya dapat diskaun bila beli di sana..harga baju kurung 2 pasang RM500 tapi Kak Saodah beri diskaun yang teramat baik jadi tak lah mengigil saya membayarnya.
Kata suami u xnak beli ke...entah memang tak rasa nak beli apa apa..jadi tak beli la...
Kira kira perbelanjaan malam sebelum tido habis lah RM5,000 untuk anak anak saya semua yang 6 orang...xpe lah..asal mereka happy sudah...
Twin kata mama tahun ni tak beli baju raya tapi hand bag prada tu harga amboi amboi amboi....ok lah tu kira balance.....harga rahsia...ayah tau..kene berleter sampai pagi nanti...
Persiapan raya siap sudah...kuih kuih dah beli 4 5 jenis...suami dok beli macam macam jenis kacang...jadi jumaat tengahari kami berangkat la ke jb.....Nazim balik awal ke jb untuk tolong ngah siapkan pusara dan rumah tok mak..pertama kali dia balik pandu kereta sendiri ke jb bersama 2 teman nya.....
Alhamdulillah dengan rezeki yang tuhan beri pada saya dalam bulan puasa ini, syukur dan syukur pada mu ilahi. dan dengan rezeki itu lah saya dapat menyediakan persiapan raya untuk anak anak mengikut kemahuan mereka..terima kasih dan semoga tuhan limpah kan rezeki pada kawan kawan yang memberi sokongan dalam perniagaan yang saya lakukan, pada Dr Nora yang memberi duit raya yang terlebih sudah pada Irfan dan Izwan..akan saya kenang jasa kelian...memang saya bekerja keras untuk mereka agar mereka gembira menyambut hari raya..syukur syukur tuhan makbulkan permintaan saya..
Semoga rezki saya bertambah dan berlimpah ruah dalam saya melangkah dan melangkah dan begitu jugak pada sahabat sahabat saya yang sentiasa memberi sokongan kepada saya..terima kasih banyak banyak..Untuk Maria..thank you..antara sahabat yang sentiasa sokong saya...mereka lah kekuatan saya....
Terima kasih tuhan..

Sunday, September 13, 2009

Resah isteri juruterbang

Semalam saya membaca keratan akhbar tentang pergi nya 2 juruterbang TUDM di jemput ilahi. Saya mengalirkan airmata walau pun tidak kenal mereka. Sebagai isteri bekas juruterbang TLDM saya sentiasa merasakan mereka semua baik juruterbang dan isteri serta anak anak dekat di hati saya walaupun saya tidak mengenali mereka. Walau pun telah hampir 8 tahun suami bersara dari TLDM setelah menjadi juruterbang helikopter dari 1985 hingga 2001 perasaan saya sebagai isteri tentera masih tebal di hati.Jika ada berita di akhbar saya akan membaca nya, tengok kalau ada gambar kawan kawan , begitu juga kalau di TV , duduk depan tv tengok ada tak muka kawan kawan lama.excited sangat. Ramai juga yang dah ber gelar datin dan dato. tahniah untuk mereka. Tiap orang ada cita cita dan matlamat, begitu juga suami saya. Sampai satu masa dia mahu buat sesuatu yang dia cita citakan, alhamdullillah dia tidak menyesal meninggalkan kerjaya nya sebagai juruterbang, dan saya juga tidak perlu rasa resah dan gelisah tiap kali cium tangan nya bila dia bertugas kerana dalam hati saya berkata balik tak suami saya ni, dan sentiasa mohon dari tuhan dia selamat pergi dan balik dari penerbangannya.

Sebenarnya saya ni bercinta dan berkahwin dengan pegawai tentera laut, hanya pada malam saya bernikah dengan Tajuddin dia mendapat tahu dia terpilih untuk menjadi juruterbang bagi TLDM kerana TLDM akan mempunyai cawangan udara mereka sendiri. Kira dia kumpulan pertama la dan akan men catat sejarah bagi TLDM. Bermula la hidup saya sebagai isteri juruterbang.
Memulakan training di Ipoh, saya pulak bekerja di Kuala Lumpur. Di Bank Pusat Kerjasama. Jarang dapat berjumpa kerana dia sibuk dengan latihan, masa tu saya mengandung arwah ziera, saya menumpang di rumah bapa saudara saya di Sri Petaling dan bank saya bekerja di Jalan Mesjid India. selama 8 bulan saya naik bus pi kerja dan kadang kadang bapa saudara saya hantar. saya berjalan dari bus stand pudu ke bank, jauh jugak tapi nak buat macam mana, ingat lepas kawin terus nak mintak tukar setiawan tapi lain pulak ceritanya bila dapat pergi kursus juruterbang ni. Saya berjaya mohon pertukaran ke JohorBahru bila kandungan saya 8 bulan, kemudian suami sambung latihan penerbangan di Kluang, dekat la sikit tapi masalah cuti tak sama, di Johor, kakitangan kerajaan bekerja masa tu kamis setengah hari dan jumaat cuti, saya pulak sabtu setengah hari ahad cuti. Saya melahirkan ziera di sana, apa pun saya tak kisah sangat kerana saya tinggal dengan mak semula. Semasa suami dapat sayap penerbangan saya jadi lah filem star kejap.masuk tv masuk surat kabar. akhirnya 9 orang berjaya dari belasan pegawai yang menjalani latihan. bukan senang sebenarnya buat mereka , hari hari bila talipon suami akan kata doa untuk i tau beritahu mak untuk doa kan dia.. Tajuddin akan beritahu mak saya tiap kali dia akan buat exam supaya mak doa untuk dia, dia memang rapat dengan mak saya dan mak pun memang sayang kat dia kerana dia aje menantu mak masa tu, 10 tahun jadi menantu mak baru lah arwah jit kahwin..Pernah dia menangis kerana esok nak exam terbang bila seorang sahabat dia kecundang dan dia takut.. saya pujuk dia pas tu mak pujuk dia dalam talipon,. alhamdullillah berjaya juga dia akhirya.Menjalani hidup sebagai isteri pelatih penerbangan saya juga sentiasa bimbang dan resah,helokopter macam buruk aje.pas tu selalu keluar berita helikopter terhempas lah.. hanya tuhan yang tahu hati kami isteri isteri juruterbang ni.di tambah pulak dengan exam exam yang perlu dia ambil, bertambah lah susah hati saya, tapi mak sentiasa bersama saya, selalu nasihat kan saya, pernah satu hari saya mengeluh..mak bersuara..lain kali kawin dengan orang jual goreng pisang, pagi siap kan barang2 nak goreng sama sama, pas tu tolak kereta sorong sama sama, jual sama sama, balik sama sama.. pas tu saya tak mengeluh lagi.. Saya mengandung anak kedua..Nazim.

Suami memulakan tugas di Sg Besi bersama TUDM kerana TLDM belum membeli helikopter, dan saya dapat bertukar semula ke Kuala Lumpur bahagian Saving Dept. anak anak saya tinggalkan sekejap dengan mak saya. Suami membawa Nuri, jadi hati memang resah dan gelisah kerana banyak kejadian terhempas, memang lah orang kata ajal maut ditangan tuhan tapi entah lah perasaan sentiasa risau tiap kali dia terbang, lebih lebih lagi kalau dia terbang di atas rumah, dia mungkin bangga nak tunjuk anak isteri tapi kami di bawah ni melambai tapi hati tuhan aje yang tahu, beberapa tahun dia bersama 10 squardron dan banyak juga perkara menimpa kami antara rahmat dan dugaan, masa tu jugak tahun 1987 saya terlibat dalam kemalangan jalanraya yang menyebabkan 5 bahagian tubuh saya retak dan patah, menerima 78 jahitan, ziera patah peha, suami cedera dan menerima jahitan di kening..nanti saya cerita kan satu hari nanti....
Saya berhenti kerja untuk berehat, dan sejak itu saya punya pembantu rumah hingga lah 2 bulan yang lepas.....

Suami berpindah ke Lumut, oleh kerana TLDM masih belum punya helikopter suami di tempat kan di KD LEKIR, kapal pejuang..selalu la dia belayar di dalam dan luar negara, sering la kena tinggal, berminggu kadang berbulan, hidup la saya bersama ziera dan nazim. banyak masa saya hanya di dalam rumah dan petang akan ke garden bersama anak anak. kadang kadang saya balik ke jb dan kadang kadang mak datang untuk menemani saya. dan pada tahun 1989 saya mengandung lagi, walau pun doktor kata saya tak boleh mengandung kerana kecederaan pada pinggang saya tapi rezki tuhan tak berdaya menolak.. saya mengandung uri di bawah, jadi saya banyak tinggal di hospital Sultanah Aminah,anak anak lah menemani saya waktu pagi, suami hanya sebulan sekali datang tengok kerana masa tu belayar dan belayar...nasib baik di johor masa tu kelas pertama duk atas bukit jadi tidak lah ketat sangat, pelawat boleh keluar masuk. dan jiran sebilik pun baik jadi ziera selalu lah teman kan saya sambil mengajar dia membaca.
Bayi lelaki saya meninggal kerana malam tu uri pecah dan keluar semasa saya ke bilik air, bila dr keluar kan baby saya uri keluar lagi setengah.3 minit kemudian dia meninggal, kami nama kan dia muhamad nasriq..menangis saya tapi saya pasrah.

Pas tu 1990 saya mengandung lagi, saya memang sakit pinggang dari bangun pagi hingga tidur kesan dari accident yang saya alami, pernah saya tanya dr bila akan sembuh, dan dr kata bila saya mati..tapi pelik nya bila saya mengandung pinggang saya tak sakit..alhamdullillah lahir lah Muhamad Nazrin. Suami jarang bersama anak anak, dan bila dia bercuti atau berada dalam negara dapat lah dia bermain dengan anak anak nya, tanggung jawab rumah dan anak anak memang saya yang uruskan dan rasa nya semua isteri isteri tentera memang memikul tanggung jawab yang berat dalam rumah tangga.Alhamdullillah TLDM dah punya helikopter sendiri. WASP nama helikopter nya, perasaan resah datang semula...terutama bila dia buat latihan dok pusing pusing atas rumah..tuhan aje yang tahu..sayup bayangkan helikopter tu landing atas kapal..takut rasa hati, sayang suami takut terjadi apa apa kat dia..

Bila badan rasa sihat setelah beberapa tahun berehat saya ingin bekerja semula, saya dapat tawaran di sebuah bank di Setiawan, sehari selepas tawaran tersebut saya pergi ke klinik untuk dapatkan ubat kerana uzur saya belum datang,..ha ha saya mengandung lagi...masa tu saya rasa nak buang aje pasal baru beberapa minggu pasal saya excited nak kerja, tapi bila balik rumah berfikir semula dan suami pun kata ini rezeki tuhan dah beri, kerja bila bila boleh dapat saya batalkan niat saya, dan terus mengandungkan kandungan ini,,,dan setelah di scan kandungan saya kembar perempuan...suka ada bimbang pun ada, tapi nasihat mak buat saya tenang dan tabah dalam menunggu kelahiran, suami biasa lah kadang kadang ada di tanah air kadang kadang tak ada, sering jugak pergi kursus di luar negara.

Lahir bayi kembar fafa dan jiya suami bertukar ke Butterworth, berkhidmat dengan 3 squardron TUDM, Saya tidak ikut kerana baru dapat kerja di Orient Star Lumut sebagai Accounts Asst.dan saya baru pindah ke rumah baru kami..bangalow kami beli dengan harga rm130 ribu keluasan dekat dengan suku ekar..besar tu, boleh main bola lagi..Lumut tanah murah masa tu..dan suami guna loan kerajaan untuk beli rumah tersebut..setahun dia di sana pada satu hari dia talipon saya petang tersebut dan beritahu akan talipon saya semula lepas dia terbang malam nanti, dia akan terbang lepas magrib katanya..pukul 9.30 malam berita terkini tv3 saya di depan tv membuat kerja pejabat, keluar berita sebuah helikopter terhempas di butterworth.saya terus muntah dan muntah di dalam bilik air, mak saya talipon, suruh sabar, hati saya tuhan aje yang tahu, macam macam dalam otak saya masa tu tapi air mata saya tak keluar pun,,tapi jantung rasa nak putus masa tu punya la sakit.kebetulan adik saya saya bersama saya kerana bercuti.pukul 12 malam Tajuddin talipon, kata dia arwah Sohed mintak tukar nak terbang dulu pasal ada hal sikit malam tu. jadi Sohed yang terbang bukan dia. dan dia sibuk menguruskan jenazah arwah di tempat kejadian sebab tu dia lambat talipon,sejak dari itu tiap kali berita terkini hati saya akan jadi tak tentu arah, lama juga saya sakit terperanjat ni, sampai kena ambil air lah dari ustaz dan akhirnya sya berhenti kerja dan mengikut dia pindah ke Butterworth.Dia di search dan rescue team. 2 minggu di Kuantan dan 2 minggu di Kluang. tinggal saya dengan anak anak di Butterworth..kalau dia balik dari Kuantan kawan kawan akan tunggu keropok lekor dari Tajuddin , kalau dari Kluang mereka tunggu tempe dari Tajuddin, jadi bukan saya aje yang tunggu bila suami balik, jiran jiran tunggu dia jugak, Tajuddin ni rajin melayan mbelikan barang jiran terutama bab makanan..saya tak kisah pun malah tak pernah cemburu pun semasa jadi isteri dia semasa dia berkhidmat dalam tentera ni, kami kawan kawan dan jiran macam adik beradik.Banyak kenangan manis bersama warga TUDM di sana..saya sempat bekerja di Max Supreme di Seberang Prai sebagai Admin Officer.Di Butterworth suami membawa Nuri jadi hati tu sentiasa berdoa dan berdoa agar dia selamat pergi dan balik.maklum lah Nuri ni dah lama dan macam macam cerita kita dengar..
Kemudian kami balik semula ke Lumut, bersama KD Rajawali dan dia terbangkan WASP. dan saya juga berkerja di Dindings Poultry Processing sebagai Payroll Officer hampir 5 tahun akhirnya suami memohon untuk bersara awal, dah penat dia terbang dan masa pun dah banyak di habis kan dengan bekerja dan terlalu sedikit bersama keluarga katanya, dan saya pun masa tu sudah bekerja di Melaka dan memohon berhenti dan kami berpindah ke Putrajaya pada 2002. Berakhir lah hidup saya sebagai isteri seorang juruterbang..

Kesimpulan nya bila saya kenang semula tiap detik yang berlalu dulu terlalu indah .kenangan saya bersama warga TUDM dan TLDM ni, kami bagai satu keluarga, walau pun memang ada yang bergaduh dan bermasam muka tapi saya bersyukur kerana dalam perjalanan kehidupan saya tidak pernah saya bergaduh atau bermasam muka, saya baik dengan semua orang dan mereka juga baik dengan saya, kami tolong menolong kerana suami suami selalu tak ada di rumah.dan kami para isteri tentera ni membuat tugas suami dan isteri pada keluarga dan anak anak anak..kami lah yang membesarkan anak anak menyiapkan urusan rumah, suami hanya balik sekali kekala tanya kabar dan beri duit, macam saya tak pernah mintak duit, dia akan beli semua kelengkapan rumah dan hal kecik kecik saya uruskan sendiri. tapi saya sebagai isteri saya tahu kehendak suami, dia selalu beritahu saya dia nak saya besarkan anak anak dengan ilmu pelajaran, dia nak anak anak dia cemerlang dalam peperiksaan, nak anak dia dapat A dalam matapelajaran maths dan english, mesti pandai cakap inggeris..alhamdulillah saya merealisasikan harapan dia, malah masa anak kedua lahir nazim, perkataan pertama dia masa melihat nazim setelah seminggu saya bersalin baru dia dapat balik...anak i ni mesti masuk RMC macam i jugak...berjaya juga Nazim ke RMC akhirnya..saya melayan anak anak saya dari kecil lagi..mengajar mereka membaca seusia 2 tahun..suami selalu tak ada jadi saya curahkan rasa rindu tu kat anak anak lah..Syukur anak anak saya berjaya dalam pelajaran dan selalu Tajuddin beritahu yang dia bersyukur kerana semasa dia selalu tak ada dulu saya mengambil alih tugas dan sentiasa menjaga pelajaran anak anak.dia bangga dengan kejayaan anak anak dia hari ni..walaupun terkilan kerana ziera pergi dulu sekurang nya ziera dah tunjuk kat ayah dia yang dia juga telah berjaya ke menara gading..Hati kami isteri tentera terutama yang suami dia juruterbang ni sentiasa risau dan bimbang.hanya doa dan doa yang mampu di beri, memang lah ajal maut tangan tuhan tak kira apa kerja nya sekali pun macam anak saya meninggal kerana denggi, dan orang lain meninggal kerana terjatuh tapi perasaan tu bila kata nak terbang bimbang semacam.
Saya selalu beritahu Tajuddin dan kawan kawan bila dok bersembang, tak adil kalau lah suami suami dalam tentera ni pi cari isteri ke dua kerana tugas mereka pun isteri isteri yang yang buat..tapi saya melihat jiran jiran dan kawan kawan rapat memang bila mereka cuti sama dengan tajuddin akan sentiasa bersama keluarga dan buat apa yang patut. dan kerana jarang berjumpa tajuddin pun tak pernah lah keluar malam untuk pi sembang dengan kawan ke.masa dia hanya dengan saya dan anak anak bila waktu tidak bekerja.

Saya bersyukur dan bersyukur dengan perjalanan hidup saya, kerana berkahwin dalam usia 20 tahun banyak pengalaman yang saya terima dan kutip, banyak nikmat nikmat dari tuhan yang saya rasa begitu juga dugaan yang di beri, saya akur dan pasrah.kerana dugaan itu lah buat saya lebih matang dan kuat untuk saya melangkah dan melangkah sebelum di jemput ilahi.

Kadang kadang rindu juga kehidupan saya sebagai isteri tentera ni, tapi kenangan yang ada dalam hati ini sentiasa buat saya senyum sendiri....hidup perlu di teruskan....dan iam happy with my life now.........sentiasa bersyukur dan bersyukur...kerana apa yang kita lalui ini ada lah pilihan kita dan bila tuhan izinkan ia berlaku maka ini la yang terbaik untuk kita...hanya dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita..

Bila Tajuddin dah masuk civilian world lain pulak dugaan sebagai isteri.....nanti kita cerita lain kali..apa pun saya bersyukur dan bersyukur...terima kasih tuhan..

Resah isteri juruterbang

Saturday, August 29, 2009

Hati se orang ibu lumpuh

Dalam sibuk saya menguruskan anak anak dan anak buah yang tidak sihat,yang demam yang batuk dan sibuk setiap pukul pukul 2.30 mengambil kuih kuih untuk jualan ramadan saya sempat luangkan satu pagi kerumah kawan yang asalnya pelanggan saya. Memang bulan puasa ni saya cuti di Medinor One Health Center.Saya bekerja di sana sebagai Holistic Therapist secara sambilan hanya di sebelah pagi.tak daya buat therapy untuk pesakit dalam puasa ni. tapi panggilan kali ini dari DAH ibu tunggal yang kematian suami beberapa tahun lalu akibat kemalangan jalan raya tak dpat saya tolak kerana ibu nya lumpuh sebelah badan dan sekarang dok mengadu sakit badan badan.
Hanya tinggal 2 cucu nye di rumah.Dah kerja ..hanya setelah saya sms yang saya sedang mengurut ibunya baru dia balik ke rumah dan menemankan saya.soalan saya yang pertama..mak cik bile kene angin akmar ni..dia jawab tahun lepas..Soalan ke dua..bile mak cik mula duk dengan dah...jawabnye sejak suami Dah meninggal dunia. suami dia pun da meninggal 8 tahun lalu.Tahun lepas makcik kene angin akmar Dah la yang menjaga dia di bantu cucu cucu dia.. Soalan ketiga..anak makcik berapa orang....terus dia menangis .air mata mengalir dan mengalir, sebak dia tiba tiba..cucu dia yang darjah 2 dok kesat air mata Wan nya..saya rasa bersalah...saya pun kate makcik semua orang tuhan duga macam macam..tapi tuhan tak zalim dia siapkan jalan penyelesaian nya..mak cik ada Dah dan cucu cucu untuk jaga mak cik..tuhan jadi kan dia ibu tunggal sebenarnya untuk mak cik jugak, kalau dia ada suami belum tentu suaminya izinkan mak cik tinggal dgn dia..dia mengangguk cakap saya.ialah katanya anak dia yang lelaki pernah dia duduk untuk berubat tapi dia tahu menantu tak suka..baling barang tendang tendang barang kat rumah tapi dia buat tak pandang aje..4 bulan dia balik rumah Dah.seorang anak lelaki nya selalu talipon tanya kabar tapi tak berani nak bawa mak nya ke rumah.Ialah mak cik lumpuh setengah badan terpaksa nak di layan dan di pakai pampers..Teringat arwah mak dan abah...abah selalu cakap dia kalau mati tak mau susahkan orang..pernah beberapa minggu sebelum meninggal mak bercerita..lampu depan terbakar ..dia panjat..mak kate hati hati..dia jawab tak pe kalau jatuh terus mati tak susahkan orang..betul betul mereka pergi tak susahkan kami..tak menjaga mereka sakit padahal masa saya mengambil kursus Holistik Therapist ni di hati memang saya niat untuk mengurut mak ayah bile dia tak sihat..tapi alhamdullillah sempat lah juga saya memegang dan mengurut mereka 3 4 kali sebelum mereka meninggal semasa saya balik bercuti ke jb.
Saya tak faham kenapa masih ramai masyarakat yang sombong dengan ibu bapa atau mertua..Banyak contoh contoh akibat anak derhaka ini tapi masih tak terbuka hati mereka untuk ada belas kesihan.Iam not saying iam good tapi..saya banyak banyak bersyukur dengan hati yang tuhan beri pada saya..saya berdoa supaya jangan di terbalikkan hati saya menjadi sebaliknya.Mak sering nasihat kan saya jangan sombong walau dengan orang yg angkat sampah sekali pun.saya bawa nasihat mak hingga hari ni..tolong orang selagi mampu.kalau tak duit tenaga dan masa.Percaya la sedikit kebaikan yang kite buat besar ganjaran yang tuhan berikan ,dan saya benar benar bersyukur. Nikmat hidup yang sukar untuk di gambarkan..hati tenang..bagi mereka yang tak mau jaga ibu bapa semasa sakit tidak kah mereka terfikir satu hari nanti mereka akan tua dan sakit..mak selalu pesan jangan bimbang tentang masa depan,,bile awak buat baik awak akan dapat apa yang awak beri...saya menjaga arwah mak mertua saya beberapa tahun,pembantu rumah banyak membantu saya kerana saya bekerja, dan dia gembira bersama saya.ada satu masa suami ke luar negara selama 6 bulan kami bercadang untuk menghantar ke rumah abang nya di Kuala Lumpur ,masa tu kami tinggal di Lumut, dalam perjalanan dia diam aje..masuk tol kL dia kata ..tak pe la duk dengan saya la ....kami berpandangan..patah balik ke Lumut.sampai la dia sakit dan keluaga mintak di hantar ke kampung..itu pun masa dia di masukkan ke hospital di sana kami datang dia senyum kat saya dan saya kate..mak ni sakit rindu kat Tjuddin kan..jom ikut saya balik...dia jawab jom...tapi masa tu umur dia dah tak panjang..Al fatihah untu Wok Fatimah..2 masakan yang di ajar saya..patin masak tempoyak dan ayam masak tempoyak.

Berbalik cerita tadi moral story dalam perjalanan balik saya terfikir macam mana la saya nanti bila tua kan..tiap tiap hari bila saya berjumpa pelanggan yang punya seribu satu cerita betapa saya bersyukur dan bersyukur dengan kehidupaan saya hari ini..mendengar ketabahan Dah sebagai ibu tunggal dengan menjaga ibu yang lumpuh apa sangat lah dugaan yang tuhan beri pada saya.Hebat wanita ini..dia banyak korbankan masa rehat dengan bekerja kerana kadang kadang dia terpaksa balik waktu kerja bila ibu nya tidak sihat tiba tiba..berkejar kejar hidupnya..ingat kan saya aja bekejar kejar mengejar masa rupanya Dah pun macam saya jugak..tapi dia tak de suami untuk beri moral support tapi saya masih ada Tajuddin di sebelah....insaf saya.....Selalu saya beritahu Tajuddin semakin ramai saya jumpa pelanggan saya semakin saya appreciate dia sebagai suami...he he..he..
Saya mengajar anak anak macam mana mak saya mengajar saya, mendidik mereka dengan nasihat nasihat semasa dalam kereta, duduk duduk tgk tv atau masa bersembang.mustahak nya mereka punya perasaan kasih sayang dan belas kasihan.Berdoa supaya anak anak akan mengingati nasihat saya seperti saya ingat nasihat mak saya...

p/s kalau boleh saya pun nak mcm mak ayah saya...mati sebelum sempat susah kan anak anak dan suami....

Petikan dari diary yang saya jumpa

Sifat Api Neraka

Dari sebuah hadis ada di ceritakanAllah s.w.t telah menghantar malaikat Jibril bertemu malaikat Malik(penjaga neraka) untuk mengambil api darinya bagi kegunaan api bagi kegunaan Adam untuk memasak. Malaikat Malik bertanya..Jibril berapa byk yang kau mahu..Sebesar buah tamar jawab Jibril..Kata Malik..tahu kah kamu kalau ku beri api neraka sebesar kurma pasti akan hancur 7 petala langit dan bumi kerana kepanasan nye.kalau begitu beri ku separuh tamar kata Jibril..Jawab Malik..separuh dari kurma nescaya langit tak dapat turunkan hujan dan segala tanaman musnah.Jibril mohon pertolongan dari allah untuk mengetahui jumlah yg betul. Allah berfirman..Ambil lah sebesar biji sawi..Pergi lah Jibril mendapatkan api itu kemudian api itu di basuh dengan 70 buah sungai di syurga.setelah itu ia di bawa ke Adam dan di letakkan di atas puncak yg di tinggi..tiba tiba cair lah gunung dan tinggalkan hanya sedikit maka api itu lah yang digunakan hingga sekarang....

"dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi diri kamu akan mendapat pahalanya pada sisi allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa apa yang kamu kerjakan. (Al Baqarah ayat 110)

Sunday, August 23, 2009

rindu kat zira, mak ,jit,abah dan zul.......

Ramadan tiba lagi..xmau sedih sedih ingat kat ziera, mak abah jit dan zul....pasti mereka sedang tersenyum di sana..insyaallah..tapi memang rindu sebenarnya...apa pun hidup kena teruskan demi anak anak dan anak buah..

20th hari tu birthday saya..yg ke 46......mcm biasa aje..dptla birthday wish dari anak anak , suami dan adik....xde birthday cake..cume hari jumaat suami beli kek pasal si bujang balik...dia nak anak anak semua ada baru beli kek...seorg sahabat menulis u r not getting older but getting better...ape yg better nye ye...sebagai anak...dah jadi yatim piatu 2 tahun lalu....hanya doa setiap hari di panjatkan pd ilahi....sebagai ibu...kot lebih cool dan relax kot...sebagai isteri..dah hampir 26 tahun sebagai isteri..lebih dari setengah kehidupan saya bersama Tajuddin..bukan senang untuk dia melayan saya sebenarnya...umur 20 tahun dah kahwin..faham aje lah...dia sabar sebenarnya....tapi sekarang dia selalu kata u have change alot...saya banyak bersabar dan mengalah dan lebih relax..kate dia lah...dan saya sekarang rajin masak..saya tahu dia sayang saya..dan saya jugak tahu sekiranya berlaku sesuatu dalam rumahtangga saya kaum puak saya akan kata saya salah dan saya punca nya kerana mereka pun tahu yang Tajuddin sayang saya dan dia ni baik di mata kaum puak saya..tapi sayang dia tak bermakna dia xboleh sayang orang lain...jadi saya pun tak lah nak perasan lebih lebih..hanya berdoa aje la moga moga saya seorang aje isterinya hingga akhir hayat dia..ape pun saya bersyukur kerana dia suami saya.antara nikmat nikmat yg tuhan berikan pada saya.dia memang baik dan bertanggung jawab..cube kadang ade perangai yg huh boring boring..sabar aje la....

Kata kawan..hai kak bulan puasa salon tutup bukak Haflah Corner la pulak...datang lah ke bazaar ramadan di presint 2..gerai saya no 28..menjual tepung pelita, donut,lopis,kuih bakar, ondeh ondeh kueh talam dan karipap yg di goreng di sana..panas panas tu..bubur lambuk, kacang dan jagung pun ada..dapat 2 org pbantu..alhamdullillah 2 hari ni jam 6.30 habis semua kuih..tepung pelita 15 tray habis kul 6.tapi untung jual kuih xla mcm untung jual lauk pauk atau air tapi alhamdulillah..buat beli baju raya anak anak buah...biar suami beli untuk anak anak dan anak anak buah tapi saya tetap akan belikan untuk anak anak buah saya.saya tahu kalau mak ayah mereka masih hidup seorang sampai 8 pasang se orang seperti tahun tahun sebelum 2006.dan pada 2006 sebelum raya saya balik jb arwah jit ajak saya teman kan dia pi beli baju anak anak nya..semua dia tunjuk saya ok x ok x...dia beli yg saya kata cantik..arwah memang tak berkira bab duit kalau pasal anak anak..senang cerita kami 3 beradik ni memang ikut mak tak lokek duit...tapi kate abah kami ni suka membazir..layan sangat kehendak anak anak...masalahnya mak melayan kami mcm tu la...rupe nya selepas 2006 saya yg mengantikan tempat dia membeli baju baju anak anaknya...insyaallah jit..akan saya buat yg terbaik untuk mereka.janji saya pada awak..itu la sebab kenapa saya cari duit dari pagi petang sampai malam untuk mereka..in between tu sibuk mengambil menghantar mereka kesekolah..etc...saya tak mahu susahkan suami kerana saya faham dia byk dah keluar duit untuk kehidupan kami..dan saya juga sedar mereka anak org senang senang..jadi saya pastikan kehidupan mereka dengan saya same kalau mak dan ayah mereka masih hidup....selalu suruh dia orang doa mama long sihat dan kuat untuk jaga mereka...

Dah 2 tahun adik saya mulekan puasa bersama saya di sini..mereka akan ambil cuti..tapi tahun ni mereka sambut ramadan di jb aje kerana wabak H1N1 ni..adik saya anti bodi xkuat jadi dr nasihatkan duk diam diam kat umah..memang la sedih tapi nak buat mcm mana..apa pun dia masih ade suami dan anak anak..jadi ok la tu...tak nak emotional....

Masa saya balik jb hari tu saya terjumpa sebuah diary tahun1997..tak bertulis ape ape.menariknya tiap tiap helai ade terjemahan hadis hadis dan cerita cerita dari zaman rasullullah..nanti akan saya tuliskan mulai next posting...sama sama kita kongsi ilmu ini...kat diary tu tertulis Takwim hijrah ini di keluarkan oleh ummu qura. kerajaan Arab Saudi...