Sunday, August 16, 2009

I am still alive......

Agak lama berehat dari menulis...here iam....menulis semula....why iam writing back..and why i stop writing 7 months ago....Menulis kerana ternampak blog sendiri kat blog my friend Maria Soraya......teruja semula untuk menulis....stop writing...pasal ...malas....pasal hari hari pun sebelum tidor dok bukak internet baca blog blog yg di minati....baca rajin menulis malas......

7 bulan berlalu...apa yg berlaku dalam keluarga saya....Nazim tahun akhir..insyaallah akhir tahun ni habis la pengajian nya di UIA..semoga dia berjaya mendapat ijazah yg di kejarnya dan dapat pekerjaan..saya berharap dia dapat kerja kerajaan..lagi pun dia biasiswa JPA..Nazrin alhamdullillah dia di martrikulasi UIA..ambil Engineering..tolak tawaran perubatan di Mesir.Minggu ni mereka berdua balik rumah.Semalam kami keluar ke alamanda pi belanja dan makan makan..antara saat saat indah yang amat saya syukur dan syukur..saya seronok bila anak anak semua balik dan saya akan masak dan pi keluar bersama..Syukur dua anak bujang saya memilih UIA kerana dalam kawasan Selangor jadi selalu lah mereka dapat balik rumah.Tiap hujung minggu saya akan menunggu mereka pulang.paling tidak 2 minggu sekali mereka akan balik.Mereka amat rapat dengan saya dan saya amat menyayangi mereka..Mereka anak anak yang baik.Tadi Nazim hantar Nazrin balik asrama dan dia terus balik ke Gombak.
Anak kembar saya Fafa dan Jiya..Keputusan PMR amat memberangsangkan.walau tak sebaik abang abangnya tapi saya bersyukur.fafa memilih untuk mengambil prinsip perakaunan dan jiya masuk aliran sains..alhamdullilliah peperiksaan setengah tahun baik dan mereka mula ada semangat belajar.Fafa nak jadi macam abangnye Nazim dan Jiya nak jadi macam Nazrin..Saya akan berdoa dan berdoa agar mereka berjaya dalam hidup mereka.
Anak anak buah saya..Irfan dan Izwan..Irfan alhamdullillah ada peningkatan dalam pembelajaran nya..petang tadi baru balik dari camping di Gombak anjuran sekolah.Seronok dia sekolah di Putrajaya.Penuh dengan aktiviti aktiviti..He is a good boy..solat tak pernah tinggal..kadang kadang bila anak sendiri lum solat saya katakan pada mereka takkkan nak tunggu mama dah meninggal baru nak solat...Izwan..macam selalu dia pandai..dapat masuk 1st class..baru baru ni wakil Putrajaya untuk MSSM hockey bawah 12 tahun..very active..mereka seronok dengan perjalanan hidup mereka bersama saya di sini..hari hari penuh dengan aktiviti.Selalu cakap cita cita nak jadi juruterbang macam ayah long nak bawak mama long pi luar negara setahun sekali...ye la lu...tapi ayah long bawak helikopter aje..dia nak bawak boeing...insyaallah akan saya cuba untuk merealisasikan impian dia.
walau jauh di mata anak buah syafik dan Ilman(adik Irfan dan Izwan) sentiasa di hati..mereka sibuk dengan sekolah dan aktiviti masing masing...insyaallah tiba syawal nanti kami akan berkumpul di rumah arwah ....
Mereka ini lah permata hati saya..sangat sayang dan sayang..amanah tuhan kepada saya dan suami..kerana mereka lah saya terus melangkah dan melangkah......mereka lah kekuatan saya...
Oop suami ....dia macm biasa sibuk dengan kerja nya, hujung minggu kalau tak main golf pi class..dia sambung buat PHD di UPM., kadang kadang cuti kerja pi jadi pensyarah kat beberapa universiti..dah tua minat mengajar la pulak..sebagai istri saya sokong apa dia minat..dari dulu saya memang tak pernah melarang minat nya.asal dia happy dengan apa yang di buat saya sokong..asal dia ingat tanggung jawab pada keluarga dan jujur.hidupnya pun sibuk dengan aktiviti..
kesimpulan...semua orang orang yang saya sayang sibuk dengan aktiviti masing masing....termasuk saya....tapi yang merapatkan kita adalah komunikasi yang baik dan kasih sayang yang ada dalam hati .saya akan pastikan bila berjumpa anak anak saya akan berbual dengan mereka.tanya tentang sekolah mereka.begitu jugak suami..bile jumpa walau pun sekejap sebelum mata terlelap sempat bercerita tentang apa yg dia buat hari ini...masing2 ada talipon..jadi sms aje la pada waktu siang..kat anak anak bujang ..selalu saya phone sebelum tidor..muah muah kat mereka..
saya amat bersyukur dengan kehidupan saya hari ini..syukur dan syukur..

2 comments:

Maria Soraya said...

Salam Ya Hafla,

Glory be to Allah who sent Ramadan as a mercy to mankind
Its a purification of our soul, our heart, and our mind
With the most sincere devotion and love we fast
To be cleansed and free from sins of the past
May we make the best of these last few days
To thank Allah for his gifts with sincere praise

mamaziera said...

Insyaalah my dear...