Sunday, October 25, 2009

Kenangan mengusik jiwa






Minggu lepas Izwan beritahu saya kawan kawan nak baca pasal artikel kemalangan mak ayah nya, Keratan akhbar di simpan adik di Johor Bahru. jadi saya mencuba untuk mencari nya dlm internet. Agak terharu saya terjumpa blog yang tribute untuk arwah adik ipar saya Zolkifli Mansor, seorang staf arwah yang menulis tentang arwah dan keratan di atas saya ambil dari blog nya. Terima kasih untuk beliau

Kenangan mula menjelma bila membaca tentang berita di atas, saat saya menerima panggilan talipon, mengumpul anak anak untuk balik ke Jb, Kesian adik saya dia menerima berita seorang diri kerana suami nya baru 2 minggu ke Guam kerana tugas, hanya tinggal dia dan anaknya dan pembantu rumah, mujur mak saudara ada untuk melayan tetamu dan uruskan persiapan di rumah saya, kerana adik saya collapse sejak terima berita, mendapat berita jam 12.30 hari jumaat 17 November, menunggu anak anak solat jumaat terus ke jb, saya berdoa sepanjang jalan supaya beri saya kekuatan untuk hadapi berita ni .Air mata tak henti mengalir, masa tu wajah mak ayah jit dan zul terbayang bayang di ruang mata, terutama mak,saya memang rapat dengan mak, dia lah banyak membantu saya sejak saya berumah tangga.susah senang dengan dia saya mengadu begitu jugak dia, selalu talipon saya bila nak mengadu hal, biasa lah orang tua kadang kadang ada yang dia kecil hati dengan abah dan adik adik.Kami rapat, boleh bercerita sampai jam 2 pagi. mak... rindu sangat dengan mak waktu ni, tak ada tempat nak mengadu. sekarang ni saya menyimpan keloh kesah saya sendiri dan menangis bila solat malam.
Saya tiba di rumah mak jam 4 petang, penuh orang di luar dan di dalam menunggu berita dan jenazah mereka. Saya dapat kan adik saya , setelah tenangkan dia, saya berjumpa dengan pak dan mak saudara , menurut Datuk Yem jenazah terus di mandi kan di sana iaitu di hospital Mersing dan kemudian di bawa ke sini dan terus di kebumikan di Mahmoodiah. Alhamdullillah jenazah mereka dimandi kan, di kapankan oleh saudara mak jugak yang bekerja di hospital.

Saya agak tenang melayan tetamu yang hadir, beratus ratus orang yang datang, kenalan kenalan mak dan abah, mak ramai kenalan, abah pasal dia cikgu, jadi ramai lah murid murid, kawan kawan yang datang, belum lagi saudara mara..jit dan zul pun ramai kenalan. jadi penuh rumah dan jalan , macam pembesar yang meninggal , begitu lah hebat nya mereka ini, ramai orang yang sayang mereka dan mengiringi pemergian nya.
Jenazah sampai kira kira jam 11.30malam, 2 van jenazah di iringi oleh polis peronda dari Mersing Ke rumah mak..satu demi satu jenazah masuk ke dalam rumah, ada 2 imam di rumah, Imam Datuk Maahad (kadi yg nikah kan Mawi) beliau nikah kan saya jugak dan imam Rashid (imam Pasir Gudang) mereka adalah kenalan keluaga kami.Lebih seratus orang solatkan sampai ke jalan luar mereka sembahyang untuk arwah, selepas itu kami di benarkan mencium dahi mak, perasaan sedih, pilu hanya tuhan yang tahu, tapi saya berdoa dan berdoa beri lah saya kekuatan sehingga mereka di semadikan, pas tu kalau saya nak pengsan ke tak apelah, kerana saya teringat kata kata mak jangan tinggalkan jenazah sendirian, tunggu sampai di kebumikan. Nasihat nasihat ni selalu di beri bila dia balik dari melawat orang meninggal, pesan mak lagi, jangan pakai tilam lama, beli tilam baru kalau dia meninggal, sarung bantal alas cadar putih, bekas air dah siap dalam almari , dulu dia siapkan untuk dia tapi arwah ziera dah gunakan, jadi dia beli yang baru. Itu lah mak saya, dia tak mau susahkan anak anak, kain batik lepas semua dah ada dalam almari. Kami beli tilam 4 yang baru kerana itu lah yang mak mahu.

Sampai di Kubur Mahmoddiah api terang benderang, Datuk Yem mintak bomba pasang kan lampu untuk kebumikan jenazah jenazah, saya teman kan semua jenazah semasa proses mengali, saya pegang satu demi satu, dan baca ayat ayat untuk mereka, pada mak saya beritahu saya teman mak. adik saya tidak dapat ke pusara kerana tak mampu, jadi saya lah yang tinggal untuk habiskan tugas terakhir ini bersama suami. anak anak dan pak saudara saya.satu demi satu jenazah di turunkan, saya pasrah ya tuhan ku, saya pegang anak anak arwah, mereka lagi sedih kehilangan ibu bapa mereka, tapi pada waktu itu saya telah beritahu hati saya yang saya akan menjaga mereka. Walaupun jam dah 1 pagi tapi lautan orang di pusara, mengaminkan doa 2 imam, syukur banyak banyak saya pada ilahi, pemergian mereka di tangisi oleh ramai orang.
Bila habis pengebumian dan orang beransur balik, baru saya terduduk tak boleh bangun, macam mimpi, kekuatan yang ada hilang, lemah longlai kaki tak dapat bangun, duduk saya di batu bersebelahan pusara, Nazim duk usap usap bahu saya, datang seorang lelaki bertanya pada saya, siapa yang meninggal ni dengan saya, saya kata ibu bapa dan adik ipar dan adik perempuan saya, katanya saya yang uruskan jenazah dari mula hingga selesai kapan hingga bawa ke sini, mereka orang baik baik, hanya redha dan sedekah kan fatihah untuk mereka. Insyaalah cantik lah tempat dia dia sana.Terkejut jugak saya mendengarnya dari orang yang saya tak kenali. Mendengar kata dia saya bangun dan seperti ada kekuatan untuk balik ke rumah dan memikirkan hari yang mendatang, sementara Ilman anak arwah telah sampai ke hos[ital Sultanah Aminah dari Mersing di temani oleh saudara saya yang tinggal di Mersing.

Esok pagi saya beritahu Ngah yang dia mesti kuat kerana Ilman perlukan dia di hospital kerana saya sibuk dengan hal hal lain. Syukur dia kuat dan dia lah yang menjaga Ilman di hospital selama hampir 2 bulan, dari Sultanah Aminah ke Hospital Puteri.
Kadang rasa macam mimpi perkara ini berlalu, tengok tv cerita drama saya akan menangis bila ada kematian dalam drama tersebut, tapi bila berlaku pada diri sendiri air mata tak mau keluar..tapi berat mata memandang berat lagi bahu memikul.,kehilangan arwah Ziera sedikit sebanyak membantu untuk saya menjadi kuat semasa menghadapi dugaan hebat ini.. dan lagi saya bersyukur kerana malam jumaat tu dia talipon saya beritahu akan ke Mersing esok pagi dan kami berbual agak lama dan saya bercerita tentang keputusan peperiksaan anak saya yang agak baik semua nya, dan kata kata dia yang masih saya ingat, insyaallah anak anak awak cemerlang teruskan aje perhatikan mereka.
Sejak hari itu bermula lah episod saya sebagai orang yang bertanggung jawab menjaga adik dan anak buah saya. Bukan senang sebenarnya kerana selama ni mak lah segalanya, tapi kini di bahu saya terpikul tugas tugas yang mesti saya laksanakan sebaik mungkin.
Saya berdoa dan berdoa di beri kekuatan hati dan kudrat untuk saya teruskan hidup ini. Di panjang kan umur dan sihat supaya dapat saya menjalankan tangungjawab membesarkan anak anak arwah hingga berjaya . dan pada mu yaang allah jadi kan saya insan yang kau redhai.
Saya bersyukur dengan perjalanan hidup saya ni, terlalu banyak nikmat yang di beri walau pun dugaan di uji pada saya.
Terima kasih tuhan.

1 comment:

Maria Soraya said...

Wah...nice blog background...

Sedihkan bila ingatkan orang yang tak ada sebab bila ada kita pun terkadang rindu bila tak jumpa, inikan lagi bila mereka no longer in this world.